SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Kalau pergi berblogwalking ke blog Ben Ashaari mesti ada saja cerita yang seronok dan menyeronokkan akan kita baca..apa saja cerita yang menyeronokkan tentang 2 anak-anak comelnya itu pasti akan beliau tuliskan di dalam blog beliau...itulah yang membuat hati suka sangat nak jengah ke blog beliau hari-hari...pada kawan-kawan yang nak tahu cerita bagaimana blogger femes kita membahagikan masa menjaga anak dan berblogging bolehlah blogwalking ke blog Papa Ben Ashaari ni yer....

Bila dah setiap masa ada bersama-sama anak-anak memang bermacam ragam dan gaya tentang sikecik ini...itulah pengalaman yang paling menyeronokkan bila kita selalu bersama mereka...bukan senang nak jaga budak kecik ni kawan-kawan lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki...kekadang tu kaum ibu pun belum tentu dapat menjaga anak-anak mereka begini...bukan senang nak jadi suri rumah tangga ni tau....semua kena ambil tahu...

Pada kita orang perempuan ni memang dah biasa rasanya jadi ibu tapi pada kaum bapa-bapa memang boleh dikira bilangannya...pada kaum bapa yang menjaga anak-anak mereka sendiri seperti Papa Ben Ashaari ni memang banyak dugaannya..memang tabik spring la buat Papa Ben Ashaari dan juga papa-papa blogger yang lain yang sanggup menjaga anak-anak mereka sendiri..benar tu ! kalau tangan kita sendiri yang menjaga anak-anak kita memang pasti terjamin la keselamatan mereka...tiada la lagi berlaku banyak kes di pusat penjagaan kanak-kanak...

Pada kaum bapa yang berada di luar sana janganlah malu kalau terpaksa menjaga anak-anak kita sendiri kerana pengalaman menjaga anak-anak ini sebenarnya banyak kebaikkan dan keseronokkannya...apa jua yang berkaitan dengan anak-anak kesukaan,kegemaran anak-anak pasti kaum bapa akan mengetahuinya terlebih dahulu dengan sendirinya...selain itu kaum bapa juga akan dapat merasa bagaimana perasaan kaum wanita ketika mereka menjaga anak-anak dan menguruskan hal-hal berkaitan rumahtangga...biarlah apa jua orang nak kata tapi jadi Mr.Mama adalah satu kebanggaan buat seorang lelaki yang dapat melakukanya di dalam rumahtangga...

p/s suka tengok header Papa Ben Ashaari ni cute jer...