Assalamualaikum...
Sejuk jer cuaca pagi ni...hujan rahmat sudah membasahi bumi Johor ni sejak awal pagi tadi...sejuknya !! rasa nak tidur dan berbaring dalam selimut je tika ini tapi keadaan tidak mengizinkan banyak lagi kerja di rumah ini perlu disiapkan...memandangkan budak kecik 2 orang tu tidur boleh la menaip 1 entri untuk pagi ni...
Semalam mama Awisy sibuk nak mengira duit raya yang Awisy dapat semasa berhari raya ke rumah saudara mara tempohari...seronok Awisy tengok sampul duit raya yang banyak tu tapi masih tak tahu apa pun kegunaan duit padanya...buat masa sekarang Awisy hanya mampu mengeluarkan dan memegang duit itu saja...jadi kenalah tunggu bilakah Awisy tahu apakah kegunaan duit itu...
Banyak juga duit raya yang Awisy dapat dan mama Awisy bercadang hendak membukakan akaun simpanan untuk Awisy...semua duit raya Awisy dan duit tabungan pun akan dimasukkan sekali nanti...nanti mama akan ceritakan di entri seterusnya berapa tabungan yang Awisy ada sekarang...saja nak ajar Awisy menabung sejak dari kecik lagi jadi bila meningkat umur Awisy akan terbiasalah dia dengan sikap menabung ini...
p/s alah bisa tegal biasa..
5 Comments
banje untie makan nasi hayam boleh
ReplyDeletemama,saya cadangkan tukar duit raya awisy kepada emas..utk simpanan dan pendidikan dia masa depan..(^_^)
ReplyDeleteBetul Mas. Sistem pendidikan pula semakin tinggi kosnya. Sebab itu kena menabung selain mungkin boleh ambil insuran pendidikan. Kalau nak harap PTPTN kesian sebab sebaik dpt kerja kena bayar balik. Dah lah harga rumah dan kereta mahal. Kakak menabung utk anak-anak kakak sebaik mereka dpt surat beranak... sekarang anak sulung kakak belajar di IPTA dah boleh guna duit tabungan dia tak perlu pinjam dah...
ReplyDeleteYg penting apa pun duit yg Awisy dpt walau seringgit jgn guna. masukkan tabung. Tiap tahun zakatkan.. senang.
Kecik2 ni lah nak kena ajar menabung. Mesti awisy byk dpt duit raya kan.
ReplyDeleteKecil2 dah ajar bila besar diaorg akan sentiasa beringat2 untuk menabung
ReplyDeletePost a Comment