SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari minggu lepas mama berpeluang mengikut hubby melawat ke kawasan pos kawalan yang dibawah selian hubby...salah satunya adalah pos di kawalan perumahan elit di Horizan Hills di Bukit Indah Johor...kawasan ini adalah salah satu kawasan perumahan elit yang ramai dihuni oleh warga Singapura...memang besar kawasan perumahan ini dan harga rumahnya pun sudah mencecah jutaan ringgit...


Semua pekerja yang di bawah selian hubby di sini semuanya terdiri dari pekerja yang berasal dari Nepal...sekarang ini memang banyak permintaan untuk pekerja dari Nepal ini..oleh itu banyaklah tender-tender yang diperolehi sekarang ini memang memerlukan khidmat dari pengawal berbangsa Nepal ini...pekerja dari Nepal ini boleh dikatakan senang nak dikawal dari pengawal rakyat kita sendiri kerana pekerja Nepal ini hanya menjalankan tugas mengikut apa yang kita arahkan... cuma mereka ada masalah tentang bahasa percakapan mereka saja tapi lama-kelamaan mereka akan faham juga.kekadang ada juga pekerja Nepal ini yang sudah boleh berbahasa melayu jadi senang pada mereka yang kurang faham...janji kerja yang dilakukan oleh mereka baik dan mendapat kepuasan dari pelanggan...


Kawasan perumahan ini memang elit tapi bila masuk ke dalam kawasan perumahan ini seperti ketiadaan penghuninya...kawasan perumahan elit begini memang seronok bagi mereka yang suka...kawasan perumahan yang sunyi tanpa gangguan tapi ada juga satu masalahnya jika duduk di kawasan perumahan elit begini...semua penduduk yang menetap di sini mungkin tidak ada sikap kejiranan langsung...sememangnya kita tidak akan berjumpa penduduknya yang berada di luar rumah bersembang atau melakukan aktiviti bersama-sama jiran yang lain...semua penduduk di sini mungkin melakukan aktiviti mereka sendiri di dalam rumah agaknya...


tengok la ni rumah mewah yang memang kita tak nampak siapa penghuni di dalamnya itu...masuk ke dalam kawasan ini pun mesti tahu alamat arah tujunya kalau tidak memang tidak dibenarkan langsung memasuki kawasan perumahan elit begini...memang susah nak jumpa penghuni di sini berada di luar rumah mereka ketika mama memasuki kawasan perumahan elit ini tempohari...nak jumpa budak-budak bermain pun susah ni kan ibubapa mereka...nampak sungguh penduduk yang menduduki perumahan di sini memang tidak memerlukan semangat kejiranan langsung hanya akan melakukan aktiviti mereka dengan cara mereka sendiri saja...


Memang tersergam indah lot-lot banglo di sini...pemain bola sepak Johor JDT ada juga yang tinggal di sini seperti pemain bola kembar Aidil Zakuan dan Aidil Safuan, Safie Sali dan ada beberapa orang lagi pemain Johor...satu kebaikannya jika kita menduduki kawasan elit begini memang terjamin la keselamatan penghuninya dan keadaan suasananya taklah sibuk seperti kawasan perumahan yang biasa...pada yang suka memang boleh la menetap di kawasan yang berstatus elit begini...


kalau teringin nak duduk di kawasan yang begini memang kita tak boleh la nak berjiran hanya boleh membuat hal masing-masing dan tak akan kenal dengan jiran tetangga kita sendiri...itulah keadaannya kalau kita menduduki kediaman elit yang begini serba serbinya sendiri la yang tanggung...


Inilah rumah salah seorang pemain Johor iaitu Aidil Zakuan...memang cantik rumahnya terasa sangat bila kita masuk dalam kawasan perumahan orang kaya begini...


p/s harta dunia tapi harta akhirat kena juga cari kn...