SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Terbaca satu artikel di blog ini dan kalau nak tahu lebih lanjut tekan sini...satu fakta yang amat penting kita ketahui buat lelaki dan perempuan...mama nak tanya pada kawan-kawan semua waktu tidur kawan-kawan masih pakai baju dan seluar dalam tak??

Kalau mengikut artikel ini pemakaian baju dan seluar dalam semasa kita tidur memang tidak elok sebenarnya..ketika kita tidur tubuh kita akan mengalami pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh (detoksifikasi)...jika kita tidur berpakaian dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun akan jadi tersekat dan tidak elok untuk tubuh badan kita...

Lebih elok bila kita tidur kita memakai pakaian yang longgar atau tidak memakai pakaian dalam ketika tidur kerana ianya elok untuk mempercepatkan dan melancarkan proses pembaikan dan pengeluaran racun dari badan..


Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pernah menulis di dalam bukunya "Dressed To Kill : The link Between Breast Cancer and Bras" menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara haruslah memakai bra dalam waktu yang sesingkat mungkin sekurang-kurangnya dalam 12 jam sehari dan dalam waktu tidur itu eloklah dihindari kerana ianya boleh menyebabkan kanser payudara..

Pemakaian bra yang lama akan meningkatkan suhu jaringan payudara dan ianya akan memilliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi meransang kelenjar susu)yang lebih tinggi..pemakaian bra yang ketat juga boleh membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara..

Buat lelaki pula pemakaian seluar dalam waktu tidur juga harus dielakkan..ini adalah untuk memberikan kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik...menurut kajian alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan disekitar pakaian yang digunakan..

Pemakaian seluar dalam yang ketat atau lama boleh menyebabkan suhu disekitar alat kelamin lelaki meningkat dan ianya juga boleh mempengarui sperma juga boleh menyebabkan kemandulan..selain itu tidur tanpa memakai pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh...tidur dengan pemakaian pakaian dalam akan menganggu  pengeluaran peluh terutama dibahagian intim lelaki dan perempuan..oleh itu elakkanlah dari memakai pakaian dalam semasa kita tidur...