SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak bagi tips bagaimana nak menghilangkan habuk atau bulu di permaidani di rumah...bila dah nak musim raya ini memang kita perlu membersihkan semua karpet di rumah kekadang tu guna vakum pun masih ada lagi habuk yang melekat di karpet kita...gunakan roll bertape pun boleh tapi dek kerana roll mama dah habis jadi terpaksa gunakan cara lain yang boleh digunakan di rumah...

Tips mama untuk menanggalkan bulu dan habuk tu mama hanya gunakan cara yang mudah dan senang...mama cuma gunakan salotape yang biasa kita gunakan untuk kegunaan di pejabat tu je..kalau ada yang besar lagi elok dan kerja akan cepat dilakukan...hanya ambil tape tu terus lekatkan kat karpet yang ada habuk dan bulu-bulu tu kemudian tarik tape tu pasti bulu atau habuk akan melekat di bahagian salotape itu..lakukanlah sehingga habuk dan bulu-bulu tiada lagi melekat di situ...itulah caranya yang cukup senang dan simple..okay kawan-kawan selamat mencuba yer...