SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Terkejut mendengar berita tentang kematian biduanita negara kita iaitu Dato Sharifah Aini telah pergi menghadap ilahi pada awal pagi tadi.. Allahyarham berusia 61tahun telah menghembuskan nafasnya di Pusat Perubataan Pakar Damansara jam 1.26pagi akibat jangkitan pada paru-parunya..

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi yang amat dikagumi dan beliau juga telah pernah merakamkan 93buah album termasuk 7 album Inggeris...seorang biduanita negara yang disegani sehingga sekarang..

Al-Fatihah buat Allahyarham biduanita negara kita ini dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau di dalam golongan orang-orang yang beriman...Aminnn Ya rabilalammin...