SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kesihatan ayahanda ku semakin tenat...anak-anak semuanya sudah bergilir-gilir menjaga ayahanda disebelah malam dan siangnya...doktor pun sudah tak boleh nak menjanjikan apa-apa lagi memandangkan penyakit abah yang sudah di tahap 4 kanser paru-parunya...doktor juga sudah memberitahu kami adik-beradik agar bersiap sedia jika ada sebarang kemungkinan berlaku pada abah...

Ini sudah kali kali ke 3 abah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas...kami adik-beradik hanya mampu berserah padaNYA jika itu sudah ketentuan dariNYA dan kami redha dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan itu jika sememangnya Allah ingin mengambil abah kembali kesisiNYA semula...

Cuti hujung minggu beginilah kami semua lebih kerap melawat ayahanda di hospital untuk memberikan sedikit kegembiraan pada abah bila melihat semua anak dan cucu datang melawatnya..Ya Allah Kau berikanlah ayahandaku kemudahan dirinya untuk pergi meninggalkan kami semua untuk menatap diri MU di sana...amin


Pernafasan abah pun sekarang hanya bergantung pada oksigen yang dibekalkan oleh pihak hospital..buang air kecil pun sudah menggunakan tiub,makanan berupa susu terpaksa juga diberikan mengunakan salur terus ke perut,bercakap pun sekarang ini terpaksa berbahasa isyarat sebab abah sudah tak boleh bercakap dan menggerakkan badannya sendiri...

Seksa sungguh menatap wajah tua ayahanda yang menghadapi saat-saat akhir hayatnya menghadapi kesakitannya ini...namun ketabahan semangatnya memang amatku kagumi sedikit pun tidak kedengaran suara beliau mengerang kesakitan sejak dari mula-mula beliau mengetahui sakitnya itu...jelas sekali abah sudah sanggup menghadapi kesakitan itu dengan redha hatinya untuk menghadap Allah Penciptanya...

p/s  entri sebelumnya...sini...sini...