24 March 2014

# resepi masakan

Resepi Nasi Goreng Belacan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bab sebut pasal makan ni memang semua orang suka makankan...yer la ! dalam hidup kita seharian ini memang perlu makan...kalau tak makan mana nak ada tenaga untuk melakukan kerja seharian kita...bila dah makan badan pun sudah memperolehi tenaga dan bolehlah kita menjalankan tugas seharian seperti biasa...hari ni mama nak bagi resepi nasi goreng belacan yang simple dan sedap buat kawan-kawan mencubanya sendiri...

bahan yang diperlukan...
nasi putih,ikan bilis,cili api,bawang merah,belacan,daun sup/daun bawang,garam,serbuk perasa dan bawang goreng untuk hiasan.

Cara membuatnya..
Hancurkan dulu nasi putih tu tepikan dulu...kita sediakan rencah untuk nasi goreng tu..ambil cili api,bawang merah tumbuk kesemuanya...kalau guna belacan biasa tumbuk sekali dalam rencah tu kalau guna yang serbuk tu tak perlu hanya masukkan saja...panaskan kuali goreng sedikit ikan bilis asingkan dulu..tumis bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam kuali...biarkan garing bahan tumis tu...

kalau guna belacan serbuk eloklah ditaburkan ke dalam nasi yang sedang digoreng juga kalau suka nak letak sayur boleh dimasukkan juga masa ni...masukkan garam dan serbuk perasa kacau dan akhirnya masukkan nasi yang telah dihancurkan tadi...gaulkan hingga sebati dengan rencah tadi...biarkanlah nasi tu garing masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi kacau nasi tu biar sebati dengan ikan bilis tu...bila nak dihidangkan tabur bawang goreng dan daun sup/daun bawang untuk hiasan...selamat mencuba yer kawan-kawan..

No comments:

Post a Comment