SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Kalau pergi keluar jalan-jalan ke Tesco ni memang tak sah kalau tak angkut satu atau dua barang...mula-mula pergi hanya nak window shopping saja tapi bila dah sampai ke sana lain pula jadinya...lebih-lebih lagi kalau ada promosi harga mesti mata dok tak lepas memandang apa dia barang-barang yang murah tu! sayang agaknya nak lepaskan peluang promosi...bila pergi ke Tesco semasa hujung minggu! mesti ada saja offer terbaik dari Tesco...

Orang perempuan ni memang dah tak boleh nak lari dari 9 nafsu inikan kawan-kawan ! kalau nampak ada promosi dari mana-mana shopping mall mesti kemaruk nak membelinya tapi berpada-pada la yer jangan sampai terlebih bershopping pula barang yang tidak diperlukan...boleh sebenarnya kalau nak bershopping ni ! tapi adalah hadnya janganlah keterlaluan sangat ikut nafsu tu boleh mati jadinya nanti ! orang kata ikut hati mati ikut rasa binasa la padahnya yer tak...

Mama pun kalau ada promosi harga kat Tesco ni memang suka juga ! suka tengok barang apa yang murahnya tapi sebelum membeli tu fikir dulu perlu ke atau tidak barang yang diingini tu tapi jika perlu boleh la dibeli tapi jika tidak perlu biarkan saja...akan datang mesti ada lagi promosi barang yang murah...



sempat sambar satu rak buku ini bila ke Tesco hari tu sebab harganya yang murah...perlu  beli sebab rak buku yang sedia ada dah penuh...