SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaikum...

Setiap seorang anak-anak kita pasti akan ada perangai mereka yang berlainan..kita sebagai ibubapa pasti akan mengetahui perangai setiap seorang anak-anak kita sendiri..kekadang tu pasti ada anak-anak yang akan mengikut perangai mak atau ayah mereka..

setiap anak itu memang akan ada satu perangai yang baik dan yang buruknya...ibubapalah yang akan mencorakkan masa depan anak-anak melalui cara didikan mereka buat anak-anak mereka sama ada menjadi baik atau sebaliknya...oleh itu berikanlah didikan yang sempurna buat anak-anak kita agar mereka akan menjadi seorang insan yang berjaya dan sentiasa menghormati kedua-dua ibubapanya...

kita sebagai ibubapa hendaklah mempunyai segala sifat yang baik untuk ditunjukkan pada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan segala sifat baik dan buruk ibubapa mereka sebagai contoh buat mereka...

Bersyukurlah jika kita mempunyai anak-anak yang menyayangi diri kita sebagai ibu dan bapa mereka dan berdoalah agar mereka akan sentiasa mengingati diri kita ke mana jua mereka pergi...doa itu satu tanda kasih sayang kita kepada mereka... semoga kita akan sentiasa mempunyai anak yang baik budi pekertinya dan akan menjaga kita bila kita tua nanti... 



oleh itu sebagai anak-anak yang masih menpunyai ibubapa hargailah mereka sebaik-baiknya hanya kerana merekalah kita lahir ke dunia ini...pernah ke kita menghargai kedua-dua ibubapa kita???ingatlah anak-anak seorang ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak mereka walaupun mereka tidak diterima oleh anak-anak mereka...