Assalamulaikum...
Bila mama terbaca entri blogger Mialiana ini semalam memang terasa sedih juga hati ini..agaknya begitulah rasanya bila anak-anak kita disakiti oleh orang lain...kita sebagai ibubapa memang akan merasa sakitnya juga bila melihat anak-anak kita mengalami perkara yang begitu...
bila kita meninggalkan anak-anak kita di rumah pengasuh ! kita sebagai ibubapa memang kita mahukan tempat yang selesa dan terbaik buat anak-anak kita tapi kalau keadaan persekitaran kurang selesa anak-anak kita nanti akan menjadi lebih tertekan...
bila berlaku perkara-perkara begini pasti anak-anak akan merasa takut untuk ke rumah pengasuh yang menjaga mereka walaupun bukan pengasuh itu yang melakukan perkara begitu...kalau mama mengalami perkara yang sama seperti Mialiana pun akan mengambil tindakan mencari pengasuh yang baru buat anak mama...
sebenarnya Mialiana ada menelefon mama untuk mencari dan bertanya mama tentang penjagaan anak beliau...dari suara mia memang terasa sayunya menceritakan perkara yang terjadi itu dan Mialiana ingin mama menjadi pengasuh anak beliau tapi mama tidak dapat hendak memenuhi permintaan Mialiana itu memandangkan mama sekarang ni masih menjaga 2 orang budak kecik...
mama berharap Mialiana akan segera mendapatkan pengasuh yang baru buat Sofea dan mama juga mohon maaf pada Mialiana kerana mama tidak dapat hendak menjaga Sofea...di sini mama doakan agar Mialiana akan segera mendapat pengasuh yang baru buat Sofea dan semoga Sofea tidak merasa fobia bila berada di tempat pengasuh yang baru nanti...
kredit gambar Sofea dari Mialiana.com
9 Comments
Sofea dah besarlah Mas, kakak rasa dah senang nak jaga... kalau kakak suka dapat jaga anak-anak. Moga Mia dapat pengganti cepat. Kesian Sofea..
ReplyDeleteye la kan takut gak
ReplyDeleteSalam mama....inilah masalah kalau wanita berkerjaya. Nak hantar ke kampong saudara sendiri, jauh. Hantar kat orang yg kita tak kenal baik, takut lain jadinya. Kena cari juga maid dan pasang cctv utk kebaikan.
ReplyDeleteSalam Mama.. itu adalah satu dilemma untuk wanita bekerja, antara anak dan membantu suami mencukupkan kewangan keluarga... walau pengasuh atau pembantu rumah masing2 datang dgn pakej cabarannya tersendiri.
ReplyDeletebahaya betul skrang ni.. budak2 pun kena dera.. apa nk jd manusia skrang ni.. smoga mialiana dpat pngasuh yg bru..
ReplyDeletekesian sofea.. semoga dapat pengasuh baru yg penyayang..
ReplyDeletemmg bila hdpi situasi gini, buatkn rasa sayu dan sebak.. rasa nk berhnti keje pun ea juga... huhu
ReplyDeletemmg susah nak cari pengasuh skg nie...tambah pengasuh yang betul2 caring..
ReplyDeleteBetul mama, susah nak cari pengasuh yg boleh dipercayai dan menjaga anak macam mama. Mialiana dekat ke dgn umah mama?
ReplyDeletePost a Comment