SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Lamanya mama tak bersiaran di blog ni sentiasa ada saja masalahnya....tertunda juga post-post yg perlu dipublishkan...hari ni kita tengok cerita apa yang menariknya untuk mama kongsikan dengan kekawan semua yer...

pada hari Sabtu lepas mama ke Port Dickson melawat kakak ipar yang mengadakan kenduri kesyukuran kerana beliau akan bertolak ke tanah suci Mekah....beliau pun dah bertolak ke Mekah semalam tapi entry mama masih tersangkut di sini juga...


lupa pula nak ambil gambar semasa jamuan tu asyik sesangat...gambar ni pun setelah semuanya selesai dan ada sesi berborak sesama sendiri...kalau dah berjumpa sesama mereka sampai malam pun tak habis lagi berborak...

yer la ! dah lama sangat tak berjumpa... jadi banyaklah cerita yang seronok untuk dibualkan...berborak sampai larut pagi barulah kami semua dapat melelapkan mata setelah semuanya dah rasa mengantuk sesangat.... 


bila siangnya ada pula xtvt yang perlu dibuat iaitu ke laut menjaring ikan...semuanya nak  ikut sekali pergi ke pantai untuk melihat jaring yang telah dipasang di laut...seronoknya tak terkira dapat melihat pemandangan laut...

bila tarik jaring je dapat ikan seronok pula tengok keadaan begini...agaknya begitulah kehidupan nelayan makan ikan dari hasil tangkapan sendiri...tak payah susah payah nak beli ikan di pasar...masak ikan fresh dari laut lagi best ! manis rasa isi ikannya...dapat juga merasa pengalaman bagaimana nelayan menjaringkan ikan...


kita orang yang mengikut pi ke pantai ni hanya duduk di tepi pantai je...dari tak ada apa-apa yang hendak dilakukan lebih baik tolong akak cari kulit siput yang cantik untuk di buat hiasan...


ramai juga pengunjung dari rumah tumpangan dan hotel berdekatan datang bersiar-siar...ambil angin petang di sini memang nyaman sekali betul-betul di hadapan laut...



inilah hasilnya yang diperolehi dari aktiviti menjaring ini...lepas juga untuk buat lauk juadah makan tengahari...



banyak juga kulit siput yang mama dan kakak perolehi... boleh letakkan dalam akurium ikan buat penyerinya...