27 September 2013

# resepi masakan

Resepi : Kerang Goreng Bersos Tiram

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Hari ni mama nak share kat kekawan semua resepi yang simple sangat tapi sedap dimakan dengan nasi panas...jom kita tengok dan kalau ada yang nak mencuba memasaknya dipersilakan yer...

Bahan-bahan yang perlu untuk dimasak adalah 
1 kilo kerang (biasa la rasa macam banyakkan tapi bila dah kopek isinya adalah semangkuk jer)...
6 batang cili api kalau suka pedas tambahkan lagi yer...
1 biji bawang besar hiris bulat-bulat...
2 sudu sos tiram sedikit garam dan serbuk perasa...
daun bawang (kat gambar daun bawang tak ada) kalau ada daun bawang hiriskan tabur untuk hiasannya...

Cara memasaknya senang saja...
rebus kerang kopek ambil isinya,gaulkan dengan garam  dan serbuk kunyit sedikit, kemudian gorengkan kerang tu sekejap hingga airnya kering sedikit...
pastu masukkan bahan-bahan yang sudah dihiris tadi ke dalam minyak gorengan kerang tadi...gaulkan semuanya sekejap kemudian tambahkan sos tiram,garam dan serbuk perasa secukup rasa...
angkat kerang yang dah siap dimasak ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun bawang...hidangan sudah siap boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas memang best...
itulah dia resepi yang senang dan simple dari mama yer...okaylah pada kekawan semua selamat mencuba dan selamat menjamu selera yer...

17 comments:

  1. sedapnya mama..selalu rebus serai makan gitu jer..

    ReplyDelete
  2. waaa..
    sodapnyer mama..
    dengar sos tiram tu yang xleh tahan tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mama :) nampak sedap tu. terima kasih untuk resepi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...oh yer ke mekacih...

      Delete
  4. Waa, nampak sedap. sayangnya, saya tak makan kerang. >.<

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mama, sedapnya! terliur sheila. nak cuba resepi ni nanti. terima kasih mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...boleh jer sheila...

      Delete
  6. Assalamualaikum......numpang copy resepnya, kelihatanya sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...boleh saja...

      Delete