SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Setiap hujung minggu jika ada masa terluang mama akan membawa cucu kesayangan mama Awisy berjimba-jimba di luar..banyak tempat yang boleh difikirkan untuk berjimba tu tetapi legoland juga la tempat yang jadi perhatian mama selalunya..sebelum bercerita panjang tentang legoland ni baik mama cerita dulu apa aktiviti yang mama lihat sebelum itu..


Pada Sabtu lepas memang kami sekeluarga ada ke legoland lagi tapi sebelum masuk ke legoland kami melihat dulu satu pameran kereta yang diadakan di Medini Mall dulu..memang seronok dapat melihat-lihat pameran kereta-kereta yang cantik dan menarik hati ini...berada di sini membuatkan kita merasa teruja akan keunikan kereta-kereta yang telah diubah suai itu....


Memang semua kereta yang di pamirkan di sini cantik-cantik belaka,terpaku jugalah sekejap melihat kecantikan kereta-kereta yang telah diubah suai bentuk dan hiasan dalaman dan luarannya itu...


ada juga kereta yang sudah banyak kali memenangi pertandingan berada di pameran ini..jom kita lihat gambar sebahagian dari kereta-kereta yang sempat mama ambil gambarnya...