SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Malam ini kita boleh saksikan fenomena pancuran hujan meteor Perseid di ruang angkasa negara kita hingga ke subuh esok.Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Agensi Angkasa Negara (Angkasa)Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid adalah antara yang paling menarik kerana cahayanya yang terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.


Pancuran meteor ini terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan akan menghasilkan pancuran meteor.

Bagi kekawan yang ingin menyaksikan fenomena ini boleh menyaksikannya selepas bulan terbenam bermula jam 11 malam ini hingga subuh hari selasa.Marilah kita saksikan sendiri fenomena pancuran meteor yang akan berlaku pada malam ini yer..