SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Abu Hurairah r.a ada berkata Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Di bulan Ramadhan,umatku diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya iaitu:

1- Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau
minyak kesturi.

2-Para malaikat selalu memintakan keampunan untuk mereka yang
berpuasa hingga mereka berbuka.

3-Setiap hari Allah menghias syurgaNya sambil berkata,
"Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya
dan mereka rindu untuk memasukimu"

4-Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka
tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5-Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan Ramadhan.
Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,apakah itu malam Lailatul Qadar?"

Baginda menjawab,"Tidak kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya,
manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya."(HR Ahmad)