SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

inilah salah satu kegemaran anak-anak mama dimasa lapang mereka...mereka suka menyusun gambar atau puzzle ini...memang menyeronokkan kalau ramai-ramai saling membantu menyusun gambar yang disediakan ini...kekadang mama pun turut serta membantu mereka mencari dan menyusun gambar puzzle tu...kat bawah ni adalah cara-cara yang anak-anak mama gunakan ketika mereka hendak membuat puzzle2 itu...

mula-mula kena la buka kotaknyakan ! kalau nak tengok isi di dalamnya... bila dah buka memang banyak la terdapat keratan puzzle-puzzle kecil itu...rasa macam susah juga la nak menyiapkannya bila tengok banyak sangat keratan kecil puzzle tu..

sebenarnya buat puzzle ni taklah sesusah mana pun hanya perlu tekun dan berikan tumpuan semasa membuatnya pasti boleh menyiapkannya dengan segera...kalau nak lebih senang ambil papan frame nyer dulu barulah diletakkan keratan puzzle itu diatasnya....bila buat macam ni lebih senang pada anak-anak mama sebabnya bila dah siap nanti boleh terus pasangkan bingkainya jer...

bagi memudahkan mereka ! anak-anak mama akan mencari keratan puzzle yang di bahagian tepinya dahulu dan mereka akan menyusun puzzle-puzzle itu dulu supaya senang hendak mencari puzzle yang dibahagian tengahnya pula nanti...

bila dah pilih keratan puzzle dibahagian tepinya itu mereka akan mengasingkannya pula puzzle itu mengikut huruf yang telah ada tertulis disebelah belakang setiap keratan puzzle kecil itu...setiap keratan itu sebenarnya ada diletakkan huruf A hingga ke z...hanya pilihkan saja hurufnya tu untuk diasingkan...

asingkan dahulu puzzle itu dan letakkan didalam plastik kecil supaya senang hendak mencarinya...buat seperti dalam gambar diatas tu lebih senang hendak mengambilnya nanti...ambil satu2 plastik keretan itu bila hendak membuatnya nanti....

anak-anak mama akan menyusun puzzle-puzzle itu berdasarkan gambar yang telah disediakan...kalau menyusun mengikut huruf yang ada rasanya lebih susah lagi kot kerana kita tak tahu macam mana rupa gambar itu bila siapnya nanti..terpaksa diterbalikkan dulu baru nampak gambarnya...
  
beginilah rupa puzzle-puzzle yang dalam proses penyusunannya...diletakkan terus diatas papan bingkai untuk difreamkan...kalau tak diletakkan dulu memang susahlah bila nak diletakkan nanti bila dah siap membuatnya ...

inilah gambar puzzle yang sudah disiapkan oleh anak-anak mama....untuk menyiapkan satu gambar 1000 puzzle ini hanya mengambil masa 2 hari...kalau ada lagi ramai yang membantu lagilah cepat siapnya...


p/s terasa puas bila dah menyiapkannya...