SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni budak-budak kecik 2 orang ni dok meragam jer...bila dah buat hal pening kepala mama dibuatnya...rasa berangin juga ni tapi kena bersabar kalau tak sabar memang jahanam jadinya nanti...nak tinggalkan pi solat sekejap pun tak boleh...sabar ! sabar ! yer mama...

sorang nangis sorang lagi dok ikut sama menangis juga rasa macam ada perlawanan menangis pula hari ni kat rumah ni... hari ni dua-dua meragam tak mahu tidur dapat lelap pun sekejap jer dah jaga...kalau berjaga mereka dok diam tak apa tapi menangis jer...

Awisy buat feel dia pula hari ni dah bagi susu ingatkan nak tidur tapi dok main-main dan merengek dalam buaian tu...geram tengok feel budak kecik ni...

Aiman pula buat feel tak mahu minum susu ! minum sikit dah tak mahu, tidur pula sekejap dah jaga balik...buai dah berendoi pun masih nak mama ada disebelah buaian tu...hai!! budak-budak 2 orang ni memang bikin kepala jadi pening... haru-biru rumah mama hari ini dengan pekikan suara budak dua orang ni...  

p/s alhamdullilah dah lena budak2 ni...