SALAM 1 MALAYSIA 
Assalamualaikum...
Pening juga kepala mama ni bila kedua-dua budak tecik ni dah bangun dari tidur...bila tidur tu aman dan senang sikit boleh juga nak update blog tapi kalau dah sedarnya memang dah tak boleh nak buat apa...

lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya serentak nak minum susu memang harulah jadinya jadi kenalah susukan satu persatu dulu...Awisy la yang terpaksa mengalah sekejap  sementara Aiman menyusu...alasannya Awisy boleh dilekakan sekejap cuma kena bagi umpannya ! bukakan tab cerita katun kegemaran Awisy..

Awisy dan Aiman

sori la kekawan sekarang ni lambat sikit mama nak singgah ke blog kekawan sebab budak tecik dua orang ni...kekadang tu kesuntukan masa juga la nak BW terpaksa curi-curi masa sekejap ! singgah ke blog kekawan yang mana mama sempat je... Aiman pukul 5 lebih baru ayahnya datang ambil tinggallah Awisy seorang kat rumah dah tak ada berkawan ! kawan dengan grandma jer la Awisykan...!!!

nasib baik Awisy dah besar sikit ! letakkan dia kat walker je dan bukakan katun kat tab tu dia dah boleh leka jadi mama boleh la buat apa yang patut...Aiman pula lain lak ragamnya kalau tidur dalam buaian asyiklah nak berendoi saja pantang tinggal sekejap mesti sedar dan menangis...pasni terpaksa juga cakap dengan mama dan ayah Aiman suruh belikan endoi elektrik tu...

senyap dan aman kalau dua-duanya dah tidur...