SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda : 
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah,maka barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas,maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT"

Kelebihan bulan Rejab yang terdapat dalam hadis Nabi muhammad SAW

1-Memuliakanlah bulan Rejab kerana nescaya Allah akan memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat.

2-Bulan Rejab bulan Allah,bulan Sya'aban bulan ku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.

3-Kemuliaan bulan Rejab dengan malam Isra Mi'rajnya,bulan Sya'aban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.

4-Puasa sehari di dalam bulan Rejab akan mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus)

5-Puasa 3 hari bulan Rejab dijadikan parit yang panjang menghalangnya ke nereka(panjangnya setahun perjalanan)

6-Puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu nereka.

7-Puasa 16 hari dapat melihat wajah Allah dan menjadi orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

8-Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan al-quran ke atas semua kalam.

9-Puasa sehari seumpama puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.

10-Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah)diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadaNya.Puasa di bulan Rejab wajib bagi yang berpuasa itu
a-diampunkan dosanya yang lalu
b-dipelihara Allah umurnya yang tinggal
c-Terlepas dari dahaga di akhirat

11-Puasa diawal,pertengahan dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

12-Bersedekah dalam bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar,di tuliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan,di angkat seribu darjah dan dihapus seribu kejahatan