SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada 7-12 Mei 2013 yang lepas telah berlangsung Festival Konvo Jubli Perak Universiti Teknologi Malaysia Skudai...setiap kali konvo pasti ada banyak booth yang menjual bermacam-macam barangan dan baju...


Pagi sabtu yang lepas mama dan anak mama telah pergi untuk melihat-lihat apa yang menarik ada di jual di sana...memang banyak gerai yang menjual baju,shawal,kain ela dan bermacam-macam lagi...mama pergi disebelah pagi ingatkan tak panas rupa-rupanya memang keadaan cuaca tidak mengizinkan kesian Awisy merah muka dia menahan kepanasan...


lihatlah banyak gerai yang terdapat di sana memang meriah suasananya...sebelah pagi masih tak ramai pengunjung lagi bila dah semakin petang hingga ke malam memang ramai pengunjung yang datang...


mama Awisy sibuk melihat-lihat baju melayu Awisy untuk hari raya nanti...bila dah berkenan tapi tak ada saiz nyer pula tak jadilah nak membelinya... dek kepanasan kami pusing sekejap jer kat situ sebab kesiankan Awisy yang dah kepanasan...malam datang balik dengan atuk Awisy sekali...


pergi sekali lagi disebelah malamnya pula dan kami sempat singgah di gerai pameran shell-eco ini...terdapat banyak kereta-kereta yang diperbuat daripada fiber menjadi model kereta di sini tapi boleh dijalankan hanya beberapa jam sahaja......


inilah antara kereta-kereta yang dipamerkan di sini...


kereta yang telah direka oleh Jabatan Pendidikan UTM..



dah macam kereta Ferarri pula...nampak tak tempak tank minyaknya tu simple jer...