SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini 25 April adalah hari lahir anak mama yang sulung...tak sangka sekejap jer masa dah berlalu dengan pantasnya..terasa macam baru saja mak melahirkan along rupa-rupanya along sudah pun berusia 26 tahun hari ini dan juga sudah mempunyai keluarga sendiri... 

Di sini mak ingin sangat mengucapkan selamat hari lahir buat along semoga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan jodoh,sentiasalah gembira disamping Mie dan Awisy, sentiasa menjadi seorang ibu,isteri yang solehah,beriman dan juga hiduplah dengan aman damai dalam dunia berumahtangga...

doa mak akan sentiasa bersama-sama along selalu tak kira dimana jua along berada..  hanya satu harapan mak moga along akan tetap menjadi seorang anak yang baik buat mak dan ayah selama-lamanya...Amin


tahniah along ! kerana telah berjaya dalam temuduga kerja tadi...

p/s harta yang amat bernilai adalah anak-anak...