SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Bahang musim pilihan raya yang ke 13 ini sudah semakin hangat terasa dimana-mana sekarang ni...semua parti yang bertanding sudah mulai sibuk dengan agenda yang akan dilakukan ! sibuk memasang bendera-bendera parti di semua ceruk tempat dan kawasan..semakin dekat masa mengundi semakin kuat terasa kebahangan pilihanraya ke 13 ini..

Sebelum kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi marilah kita lihat bagaimana cara-caranya untuk mengundi dan apakah yang perlu kita lakukan semasa kita di tempat pengundian itu nanti...pada yang dah biasa pergi pasti dah tahu bagaimana cara-caranyakan...jom kita ikut langkah yang mesti dilakukan...


Langkah 1

Serahkan kad pengenalan kita kepada (Kerani Pengundian 1)KP1.Pastikan KP1 memangkah nama kita di dalam Daftar Pemilih dan membacakan butiran kita dengan jelas.


Langkah 2

Pastikan jari kiri kita ditandakan dengan dakwat kekal oleh (Kerani Pengundian 2) KP 2.


Langkah 3

(Kerani Pengundian 3) KP3 akan menyerahkan kertas undi kepada kita.


Langkah 4

Pangkah pilihan anda di kertas undi dalam petak undi yang telah disediakan.


Langkah 5

(Kerani Pengundian 4) KP 4 akan memastikan yang anda memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

Maka selesailah sudah perkara-perkara yang perlu kita lakukan dalam menjalankan tanggungjawab kita pada negara dengan mengundi pilihan yang dipilih nanti. Pilihlah calon yang benar-benar kita sukai dalam masa mengundi nanti.Undi itu adalah rahsia..