SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Selepas ibu pergi menemui ilahi terasa amat berat sekali bebanan dihati ini...untuk melepaskan ibu yang dikasihi pergi buat selama-lamanya menghadapi Allah penciptanya...tapi Allah lebih menyayanginya terpaksa diredhai jua akan pemergiannya dengan hati yang sebak sekali....insan yang begitu menyayangi diri ini akhirnya pergi menyahut panggilan ilahi dengan hati yang senang sekali setelah melihat diri anak jagaannya ini mempunyai teman untuk menjaga diri di dunia ini...

terasa rindu yang teramat sangat bila teringatkan arwah ibu yang membesarkan diri ini..segala pesanan dan suruhan masih terbayang di ruangan mata...semua kenangan bersamanya masih lekat di jiwa tiada sedikit pun yang pudar...belaian kasih sayang darinya membuatkan diri ini berasa begitu dihargai sekali...semoga roh ibu aman di sana hendaknya dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...al-fatihah buat arwah ibu yang di sayangi...


Dalam masa kesedihan atas pemergian ibu yang disayangi diri ini telah disahkan mengandung... itulah berita paling gembira berlaku dalam diri ini dan hubby...ada juga sedikit kegembiraan buat menghilangkan perasaan sedih yang bersarang di hati waktu itu...tapi yang paling menyedihkannya tiada lagi wajah ibu dapat kutatapi hanya pusara akan kutunjukkan buat tatapan cucunya nanti...

Dalam kegembiraan itu terselit jua satu lagi berita yang memilukan hati ini..berita gembira anak pertama kami ini hanya seketika saja dapat dikecapi dan timbul jua satu lagi masalah melanda diri...kemelesetan ekonomi negara melanda ketika itu turut membuat diri dan hubby terlibat sama...kesedihan jelas terpancar di riak wajah hubby sambil memohon doa menghadap ilahi supaya diberikan ketabahan dan semangat diri untuk menghadapi dugaan sebesar ini...



pada tahun itu jugalah masalah pembuangan pekerja sektor kerajaan berlaku disekitar tahun 1985....hubby adalah salah seorang yang turut terkena tempiasnya....kakitangan kerajaan yang belum disahkan jawatan akan di lucutkan jawatan untuk mengurangan kos tanggungan negara...satu lagi masalah yang terpaksa diharungi demi menghadapi liku-liku kehidupan ini...

 masa itulah keadaan memang amat mengecewakan sekali...mengalami sedikit permasalahan itu membuatkan hati dan diri ini merana sekali...mengenangkan kandungan di dalam diri yang baru ini terpaksa jua menahan segala derita lagi dengan satu lagi dugaan yang terpaksa di harungi...dalam keadaan diri ini yang buat pertama kali mabuk anak pertama kami....



Bertambah-tambah lagi bebanan yang terpaksa dipikul dan dihadapi....hidup menumpang dan berteduh di rumah ibu mentua yang sudah tua membuatkan hati bagai dihiris-hiris sembilu mengenangkan nasib diri ini...Hubby masih lagi menganggur, duit untuk perbelanjaan harian tiada lagi membuatkan nasib malang kami ini semakin bertambah menghimpit kehidupan ini setiap hari...

jalan keluar harus dicari segera dan atas keperihatinan ibu mentua yang sanggup mengeluarkan modal permulaan untuk berniaga di pasar malam kami gagahi juga melakukannya sendiri demi meneruskan kehidupan ini...bermulalah kami menjalankan perniagaan menjual satay di pasar malam...mula berniaga keadaan elok sahaja tapi ada jua insan yang kurang menyenangi dengan adanya kami di dunia perniagaan ini...


 p/s bersambung lagi...