SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Tiada kata dan tiada secantik bahasa yang dapat diluahkan di sini hanya memori usang yang sentiasa ada di dalam setiap ruang hati ini...kenangan lalu itu memberikan satu pengalaman yang begitu sentimental di dalam setiap ruangan hidup ini seolah-olah baru semalam menjalaninya..
dengan pengalaman yang paling perit dan pilu...dalam mengharungi dan menjalani hidup yang penuh ranjau berliku-liku, ranjau berduri... semua rintangan dan dugaan itu terpaksa di tanggung walau bagaimana pun keadaannya sekali pun...
Hidup di dalam serba kekurangan membuat hati ini begitu cekal sekali menghadapi hari-hari yang mendatang...menjalani hidup di masa itu begitu mencengkam dan mencabar hati naluri seorang isteri dan ibu biarpun payah tetap jua digagahi demi menjalani kehidupan yang begitu mencabar di kota besar Kuala Lumpur....
Walaupun telah di besarkan oleh ibu saudara tanpa kasih sayang dari ibu bapa kandung sendiri tapi kehidupan tetap juga harus ditempuhi juga dan kerana itulah yang telah membuatkan hati ini begitu cekal dan tabah mengharungi dugaan demi dugaan hidup..
dalam usia yang masih kecil diri ini telah ditinggalkan oleh ibu kandung dan terpaksa juga melalui kehidupan membesar disisi ibu angkat...hidup ini juga telah mengajar dan mendidik diri ini hingga dewasa menjadi seorang anak yang cekal jiwanya...di dalam usia muda juga terpaksa menjalani kehidupan berkeluarga dan mempunyai anak dalam usia muda juga...
Demi kasih sayang ibu yang membesarkan, terpaksa akur dengan permintaannya ingin melihat diri berkeluarga dan berumahtangga walaupun dalam usia yang masih muda ketika itu... permintaan itu terpaksa jua di turuti juga disebabkan ketika itu beliau menghidapi penyakit kanser pangkal rahim tahap kritikal dan hanya itulah pesanan terakhir beliau ingin melihat diri ini berumahtangga...
p/s bersambung...
19 Comments
tggu sambungan
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi rabu
semoga diri sentiasa ceria selalu:)
Sedihnya mama. Tak sabar nak tunggu sambungan.
ReplyDeleteTerharu..
ReplyDeleteberbuat baik maka akan dibalas baik kan...tak sabar nak baca yang bersambung itu..
ReplyDeleteHebat dugaan itu.
ReplyDeleteDugaan hebat untuk orang yang hebat!
Setiap orang cara duganya berbeza.
Yang pasti...
Allah tak salah menduga.
=)
sayunya entry ni.....
ReplyDeleteTak sabar kakak nak mengikuti rentetan seterusnya... buat sekali guslah Mas. Kakak jenis tak kisah N3 berjela-jela pun kalau dah menghayati membaca macam cerpen pun kakak baca juga.
ReplyDeleteAssalamualaikum mama..uikss..buat cerpen yer?kisah diri sendiri ke ni?tak sabar nk tunggu part 2..hehe
ReplyDeleteerm? ni kisah mama ke?
ReplyDeletewahh dh mcm baca novel fulakks.. uhhUu
ReplyDeletetersentuh bca entry mama ni...
ReplyDeletesesungguhnya tempat ibu mmg tiada ganti kan mama..Hargai dan sayangi lah selagi hayat mereka dikandung badan...
Tunggu next entry mama...
ada air mata yg bergenang disitu...rapuh...tersentuh dan pengorbanan....
ReplyDeletesalam mama mazzul
ReplyDeleteTa tunggu sambungan.
ala...tetiba ada sambungan.dah menarik dah baca tadi.jgn lupa sambung kan cepat tau.tak sabar nak baca :)
ReplyDeletewahh... mama dh jd novelis lak... hehe... best2
ReplyDeletemmg mencabar perjalanan hidup mama....rasa tak sabar nak tunggu sambungan...:)
ReplyDeletemama kena kuat, tu je yg iha boleh taip sbb iha takde kat tempat mama dan tak alaminya.. ;)
ReplyDeletekisah mama ke ni. sedihnyeeeeee.
ReplyDeletePost a Comment