SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebenarnya inilah pengalaman pertama mama melihat dan menonton filem berbentuk teater 4D di pawagam mini Legoland ni...seronok juga dapat merasai pengalaman menonton teater 4D ini...


terdapat 3 cerita menarik yang akan sentiasa ditontonkan buat pengunjung-pengunjung yang datang ke Teater 4D Legoland ni...


semua yang ingin menontonnya pasti kena bersedia di hadapan pintu masuk untuk masuk ke dalamnya bila pintu itu terbuka nanti....sebelum masuk diwajibkan mengambil setiap seorang satu cermin mata 4D yang disediakan disitu...baru terasa feelnya bila menonton teater 4D ini menggunakan cermin mata itu...


pilihlah tempat duduk yang paling disukai...depan atau belakang tak payah mengikut nombor macam kita selalu menonton wayang di pawagam tapi keadaan suasana di dalamnya serupa jer macam di dalam pawagam tu...


tu dia setiap seorang ada satu cermin matanya termasuklah Awisy sendiri...lihatlah tu Awisy sibuk bermain dengan cermin matanya tu...


hahahaha inilah dia pengalaman yang best menonton teater berbentuk 4D ini...bila masuk ke Legoland mama dan hubby suka sangat dok menonton di sini dan ianya memang tak membosankan... satu lagi sambil menonton 4D boleh juga merehatkan diri di sini...

yang paling bestnya pengalaman menonton teater 4D ini adalah keadaan di dalamnya itu...bila berada di dalam suasana berangin kita akan terasa akan kehadiran angin disitu begitu juga kalau ada air pasti kita pun turut merasa akan semburan air di dalam teater ini...

memang seronok oleh itu bila masuk di sini mama dan hubby akan memilih tempat duduk yang dibelakang sekali kerana tidak mahu terasa sangat air yang akan disemburkan nanti...

pada kekawan yang ingin ke Legoland cubalah merasai sendiri suasana berada di dalam teater 4D ini memang best dan ianya memang tidak merugikan bila menontonnya...