SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum....
Hidup di dunia ini sememangnya hanya sementara saja bila dah sampai waktu tetap pergi jua...semalam hubby dapat berita tentang kemalangan yang meragut nyawa kawan baiknya...begitu mengejutkan berita itu kerana baru saja bertemu beliau beberapa hari lalu tiba-tiba dikejutkan dengan berita ini...

Tergamam sebentar bila tahu berita ini..sungguh tak disangka itulah hari terakhir bertemu arwah tiba-tiba telah dikejutkan dengan berita ini memang sungguh terharu hati kami...memang tak disangka-sangka arwah pergi dahulu meninggalkan dunia ini... itulah dia jika dah sampai ajal malaikat tetap akan datang menjemput kita dan itu semua memang tidak boleh dipersoalkan lagi....

tiada apa yang kekal di dunia ini hanya yang beriman dan beramal soleh saja yang mampu tersenyum takkala ajal menghampiri diri...tiada seorang insan di dunia ini yang akan kekal hidup selama-lamanya...

hanya amalan yang baik akan mampu kita bawa ke sana kelak oleh itu ingatlah ajal atau kematian itu tetap akan datang menghampiri kita hanya masanya yang tidak kita jangkakan bila dan dimana jua...al-fatihah buat arwah dan semoga beliau ditempatkan dan di dalam golongan orang-orang yang beriman...amin

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari,Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa,Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutuskan oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa."sabda Nabi Muhammad SAW