SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah akhirnya berjaya juga anak mama memiliki sebuah kereta yang diidamkannya untuk kegunaan dia berulang-alik pergi kerja...itulah hasil usaha kerja kerasnya untuk memiliki sebuah kereta sendiri akhirnya berjaya juga..

Setelah bekerja selama 2 bulan terbuka hatinya untuk membeli kereta sendiri,pada mulanya mama tidak membenarkan dia membeli kereta buat sementara waktu ini memandangkan dia baru lagi bekerja tapi dia berkeras juga hendak membelinya...

"Kesian mak pagi hantar adik, petang amik adik balik kerja jauh tu "katanya...

sayu pula mama bila dengar kata-katanya itu tapi tak apalah akhirnya berjaya juga dia memilikinya...ibubapa mana yang tak sayangkan anak-anaknyakan mereka akan sentiasa mendoakan kebahagiaan hidup untuk anak-anak mereka dunia dan akhirat..



inilah hasilnya kereta baru yang diidam-idamkan semoga selepas ini adik akan bekerja dengan lebih keras lagi yer...