SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini dalam mama BW mama telah mendapat tahu bahawa mama telah terpilih mendapat "Anugerah Blogger Pilihan Bulan 6" dan "Anugerah Pengomen Terbanyak Bulan 6"di blog blogger Hazwan Hairy (HH)...

Terkejut jugalah mama apabila membaca entry di blog Hazwan Hairy tadi macam tak percaya plak rasanya tapi bila dibaca berulang-ulang kali memang benar mama telah berjaya mendapat anugerah itu dari Hazwan Hairy...

Sebenarnya mama memang suka melawat dan meninggalkan jejak di setiap blog jiran-jiran yang mama singgah dan di blog HH ini memang lah biasa mama lawat kerana tuan punyer blog ni peramah,cool dan ceria orangnya dan tak sangka plak mama mendapat anugerah dari tuan punyer blog ini...

Inilah rezeki di bulan puasa namanya dan dapat hadiah yang menarik sekali di hari ulangtahun perkahwinan mama hari ini...terimakasih kepada Hazwan Hairy kerana memilih mama yer...