Assalamualaikum...
Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang.Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya.Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya"
(Sahih Muslim)
Dari sabda nabi kita itu menunjukkan bahawa tangan yang menghulurkan itu lebih mulia berbanding dari tangan yang menerima dan itu amat-amatlah disukai oleh Allah.Sikap bantu-membantu itu mencerminkan ketinggian nilai keperibadian seseorang.Bersedekahlah dengan apa yang kita mampu lakukan bukan hanya dari segi kewangan saja tapi dari segi yang lain juga.
Jadi kita masih boleh bersedekah dari segi tenaga,ilmu mahupun buah fikiran.Bukan semua orang yang berilmu itu kaya tetapi kita masih boleh bersedekah melalui ilmu untuk kebaikan orang lain.Masih banyak cara-cara yang lain lagi yang boleh kita lakukan moga kita semua akan sentiasa mendapat banyak pahala dan keberkataan di bulan Ramadhan yang mulia ini.
8 Comments
sedekah xsmestinya harta bende... senyum pun dah sedekah..
ReplyDelete*nak SENYUM kat mama ni.. :)) heee
ada orang takut nak bersedekah sbb takut keperluannya tak cukup sedangkan Allah dah berjanji..lagi banyak kita bagi orang lagi murah rezeki untuk kita..
ReplyDeletesedekah perlu selalu biar berkat hidup..
ReplyDeletesedekah tu amalan mulia... terutama bulan ramadhan ni... berganda2x
ReplyDeleteSedekahlah dgn hati yg ikhlas kerana Allah SWT.
ReplyDeleteAssalamualaikum Mama
ReplyDeleteInsyaallah
Selamat menjalani ibadah puasa
bersedekahlah dengan hati yg ikhlas...
ReplyDeletekdg kdg orang tak nmpk hikmah sedekah ni kan mama. die rase harta die jadi kurang.
ReplyDeletePost a Comment