SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Setiap dari kita akan bekerja keras untuk mencari harta untuk kegunaan sendiri dan apabila meninggal dunia,bakal menjadi tinggalan untuk diwarisi anak cucu kita.


Tidak salah untuk mencari harta benda kerana itu juga suatu amanah Allah yang harus disyukuri.Cara mensyukurinya adalah dengan membelanjakannya di jalan yang diperintah oleh agama.


Pesan Rasulullah juga harta yang dimiliki hendaklah dijaga dengan baik dan ianya tidak digunakan secara boros sehingga dihabiskan harta itu dengan cara yang sia-sia begitu saja.


Namun begitu tidaklah pula bermakna kita bersikap terlalu kedekut sehingga mengabaikan hak orang lain terutamanya anggota keluarga.Untuk kita selesa di dunia dan bahagia di akhirat amalkanlah sikap yang bersederhana dalam berbelanja.


Daripada Jabir dia berkata ,Rasulullah bersabda yang bermaksud "Peliharalah hartamu sebaik-baiknya dan jangan dirosakkan kerana setiap orang diberi suatu pemberian,maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya."(Riyawat Muslim)