SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Dalam mama BW tadi memang banyak cerita berkenaan dengan isu handphone yang boleh di bawa ke sekolah mulai tahun hadapan.. sebenarnya semasa mama mendengar berita ini tempohari tertanya-tanya juga pada diri mama kenapa la tiba-tiba kerajaan boleh membenarkan murid-murid membawa handphone ke sekolah pula?

Bukan baik sebenarnya tapi akan timbul banyak masalahnya nanti...boleh melekakan pelajar,akan banyaklah kes kecurian di sekolah,murid-murid akan menjadi semakin berlagak dan sikap hasad dengki sesama pelajar pasti akan timbul....mama ada juga la bertanya dengan anak mama yang masih bersekolah menengah mengenai isu ini...anak perempuan mama pun tidak setuju juga kerana akan ada banyak masalah nanti katanya...

Bila dah bawa handphone ke sekolah pasti masing-masing mahu menunjuk-nunjukkan handphone masing-masing pada kekawan, sudah pasti masing-masing akan mula teringinkan handphone yang lebih canggih dari kekawan yang lain...memang benarlah kata blogger Iffah Afeefah semakin ramailah pelajar yang dihasut dengan perangai hasad dan dengki.

Itu belum lagi kes kecurian handphone,pasti akan ada banyak kes kehilangan handphone di sekolah nanti...mama pun bukannya melarang pihak kerajaan membenarkan murid-murid membawa handphone ke sekolah kerana berkemungkinan pihak kerajaan hanya inginkan kemudahan yang perlu pada murid-murid di sekolah dan tak terlintas langsung mereka akan menyusahkan pelajar-pelajar itu...

Pasti di sekolah nanti isu handphone anak murid lebih canggih dari guru-guru di sekolah pun akan timbul.Pelajar mulalah berlagak akan handphone mereka yang canggih manggih tu depan guru-guru walaupun guru itu tak kisah apa pun...pada mama la sebenarnya memang sangat-sangat tidak di galakkan anak mama membawa handphonenya ke sekolah..biarlah apa yang kekawannya nak cakap janji tiada kes-kes begitu timbul pada anak mama sendiri.

Oleh itu terpulanglah pada murid-murid itu sendiri samada mahu membawa handphone meraka ke sekolah atau tidak.Dalam kes begini terpulanglah pada diri murid-murid itu sendiri samada ingin melakukan sesuatu yang elok atau tidak.Jika murid-murid itu ada jati diri yang kuat pasti kes-kes yang mama sebutkan di atas pasti tidak akan berlaku.Oleh itu "Tepuk Dada Tanya Selera" dan tanyalah pada diri masing-masing..