Assalamualaikum...
Dalam mama BW tadi memang banyak cerita berkenaan dengan isu handphone yang boleh di bawa ke sekolah mulai tahun hadapan.. sebenarnya semasa mama mendengar berita ini tempohari tertanya-tanya juga pada diri mama kenapa la tiba-tiba kerajaan boleh membenarkan murid-murid membawa handphone ke sekolah pula?
Bukan baik sebenarnya tapi akan timbul banyak masalahnya nanti...boleh melekakan pelajar,akan banyaklah kes kecurian di sekolah,murid-murid akan menjadi semakin berlagak dan sikap hasad dengki sesama pelajar pasti akan timbul....mama ada juga la bertanya dengan anak mama yang masih bersekolah menengah mengenai isu ini...anak perempuan mama pun tidak setuju juga kerana akan ada banyak masalah nanti katanya...
Bila dah bawa handphone ke sekolah pasti masing-masing mahu menunjuk-nunjukkan handphone masing-masing pada kekawan, sudah pasti masing-masing akan mula teringinkan handphone yang lebih canggih dari kekawan yang lain...memang benarlah kata blogger Iffah Afeefah semakin ramailah pelajar yang dihasut dengan perangai hasad dan dengki.
Itu belum lagi kes kecurian handphone,pasti akan ada banyak kes kehilangan handphone di sekolah nanti...mama pun bukannya melarang pihak kerajaan membenarkan murid-murid membawa handphone ke sekolah kerana berkemungkinan pihak kerajaan hanya inginkan kemudahan yang perlu pada murid-murid di sekolah dan tak terlintas langsung mereka akan menyusahkan pelajar-pelajar itu...
Pasti di sekolah nanti isu handphone anak murid lebih canggih dari guru-guru di sekolah pun akan timbul.Pelajar mulalah berlagak akan handphone mereka yang canggih manggih tu depan guru-guru walaupun guru itu tak kisah apa pun...pada mama la sebenarnya memang sangat-sangat tidak di galakkan anak mama membawa handphonenya ke sekolah..biarlah apa yang kekawannya nak cakap janji tiada kes-kes begitu timbul pada anak mama sendiri.
Oleh itu terpulanglah pada murid-murid itu sendiri samada mahu membawa handphone meraka ke sekolah atau tidak.Dalam kes begini terpulanglah pada diri murid-murid itu sendiri samada ingin melakukan sesuatu yang elok atau tidak.Jika murid-murid itu ada jati diri yang kuat pasti kes-kes yang mama sebutkan di atas pasti tidak akan berlaku.Oleh itu "Tepuk Dada Tanya Selera" dan tanyalah pada diri masing-masing..
11 Comments
setuju jugak.....
ReplyDeleteremy tak rasa hp satu keperluan ke sekolah..... anak2 akan lebih main hp dari belajar.....
lepas tu kalau yg tak mampu camner....
makan hati kalau tgk org lain ada hp sedangkan dia takde..... nanti nampak sangat jurang.....
kasihan pada keluarga yg susah......
memang ada baik dan buruknya bawa handphone ke sekolah tapi takut makin banyak pencuri plak kat sekolah nanti kan bila dah tengok masing2 bawak handphone mahal2 ke sekolah
ReplyDeletesaya pun tak setuju..mmg tak masuk akal la..
ReplyDeletetak releven pun kalo nak benarkan murid bawak henpon gi sekolah..
ReplyDeletetakkan alat bantu mengajar sedia ada tak cukup canggih kot ?
setiap akibat pasti ada solusi dan penyelesaiannya..=D
ReplyDeleteSelamat tengah hari mama!
bagi miss z pun mcm tu.. tak payah bawa telefon ke sekolah.. nak buat apa juga? ada subjek kenali handphone ke kat sekolah?
ReplyDeleteTak pasal2 ada murid2 yg bergaduh sbb handphone
Ini pandangan saya mama...
ReplyDeletehttp://ayuejean.blogspot.com/2012/07/relevankah-1bestari.htmi
mama, syu setuju dgn mama. ia lebih menyukarkan tugas2 guru juga nanti. yelah, nanti mesti akan timbul masalah disiplin yg teruk. kesian cikgu2 nak kena handle kan. budak zaman skrg ni, tak payah manjakan sgt. bila dh diberi kebebasan macam ni, dorang tak tahu rasa takut dah. zaman syu dulu, bawa fon senyap2 pun kami rasa takut, yela, sebab dah terang2 fon memang diharamkan dibawa ke sekolah, so, terpaksa la off fon dlm kelas, dah balik n waktu rehat baru la dpt pakai fon.kalau skrg ni, bila dah dibenarkan, confirm lah, tanpa segan silu n takut dorang selamba je akan main fon masa waktu pembelajaran.
ReplyDeletebg syu, kalau nk buat juga. pastikan ada kawalan dan undang2 yg ketat lah, contohnya hanya telefon bimbit yg murah macam 3310 sahaja dibenarkan bawa.plus, kalau waktu pembelajaran, semua fon tu akan dipegang oleh cikgu.
yup.. sy juga x setuju plajar2 bawa hp ke sekolah.. apa2 blh terjadi.. ckg2 kt dpn sdg mengajar beri ilmu pelajar2 sibuk main hp.. sms.. mcm2.. pastu kalau ilang pihak sekolah akan d perslhkan .. bla pelajar x berikn tumpuan semasa dlm klas sbb asyik sibuk dgn hp.. mst pihak sekolah d perslhkn juga.. kalau dilihat pihak sekolah blh sediakn public phone shaja d sekolah... bwa hp ke sekolah ada kebaikan tp lebih byk keburukan nya... ini hanya pandangan dan pendapat .. :)
ReplyDeletecik rose tak setuju bawa hanphone ke sekolah...lagi melalaikan budak2 adalah...nanti depa duk rakam yg bukan2 huhuhu
ReplyDeletekalau handphone nokia lame tu bolehla kot. sms dan call jeee. kalau gadget baru ni, tak yah laaaaaa. :)
ReplyDeletePost a Comment