SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Dalam hidup ini, kita seharusnya menpunyai berpendirian dan berprinsip,dengan itu kita tidak akan mudah tergoda atau terpengaruh dengan perkara yang bukan-bukan.Prinsip inilah yang menjadi pegangan hidup kita jika berdepan dengan konflik yang melibatkan kebenaran atau keadilan.


Dalam hidup ini kita mungkin sudah terbiasa dengan situasi yang kuat akan menang,yang lemah akan kalah.Ada juga pandangan yang lain menyatakan kalau mahu hidup,mesti ikut rentak sekeliling dan berubah ikut orang.


Mungkin sebab itulah kekadang kita mudah terlupa pada pegangan hidup dan menggadaikan segala-galanya demi mahu hidup.Kita tidak peduli lagi mengenai kebenaran dan keadilan sebaliknya kita ikut orang,'orang buat jahat,kita pun nak buat jahat juga atau orang buat baik kita pun nak buat baik juga'...


Sebenarnya itu semuanya terpulanglah pada prinsip dan pegangan yang kita ada dalam diri kita jika kuat pegangan prinsip kita itu semuanya itu akan dapat kita lalui dengan mudah.Kalau orang berbuat baik maka eloklah kita ikutinya dan contohinya tetapi jika sebaliknya pedulikanlah mereka dan ikut kata hati kita ke arah kebaikan.