SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Apabila seseorang suami yang sedang marah macam-macam perkara yang kurang elok akan keluar dari mulutnya dan ianya akan mengatakan yang bukan-bukan seperti tidak halalkan makan minum yang diberikan kepada isterinya.Sepatutnya perkataan sebegini tidak elok diucapkan dan keluar dari mulut seorang suami yang baik.

Antara tugas dan tanggungjawab suami selain daripada memberikan nafkah zahir dan batin adalah menjaga perasaan isteri.Menjaga perasaan isteri ialah dengan tidak bercakap kasar,menengking,menghina atau memakinya serta mengungkit-ungkit tentang perkara-perkara yang boleh melukakan perasaan seorang isteri.

Suami yang begini sebenarnya  telah gagal dalam menjaga lidahnya dan gagal mengawal sifat marahnya sehingga keluar perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang suami. Suami yang begini sebenarnya telah berdosa kerana telah menyakiti hati isterinya dan gagal menahan marahnya itu.Bukan isteri saja berdosa pada suami tetapi suami pun akan berdosa juga jika melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan ini.


Memberi makan dan minum itu sememangnya adalah tanggungjawab seorang suami dan ianya tidak patut mengungkit atau menyebutnya dengan tujuan untuk menyakiti hati isterinya.
Sebagai seorang suami sepatutnyalah melindungi isterinya dari semua segi dan ianya haruslah mengawal segala sifat panas barannya itu.


Oleh itu  sebagai seorang isteri yang menpunyai seorang suami yang mempunyai sikap panas baran begini hendaklah ia mengawal setiap tingkah lakunya semoga segala perkara-perkara buruk dapat dihindari.Semoga suami-suami di luar sana akan menjadi seorang suami yang melindungi isteri,anak-anak dan keluarganya dengan baik.