SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Tempoyak....!!! suka tak kekawan semua bila sebut jer perkataan tempoyak tu mesti sukakan..
lagi pula sekarang ni dah musim durian memang senang la nak buat tempoyak ni...
pada yang berasal dari Perak, Negeri Sembilan atau kat mana-mana sudah pasti suka dengan tempoyak ni lagi pun sekarang ni
sudah musim doyan kat sesetengah negeri..mesti ada kekawan mama yang berasal dari Perak
dan sudah pasti kekawan semua menggemari masakan yang berasaskan tempoyak ni...


Sebenarnya mama ni bila cite bab2 doyan ni memang kurang sedikit kerana ada cite disebalik
kekurangan mama memakan buah doyan ni kalau nak tahu cite nyer

semenjak dari kes tu mama semakin kurang memakan buah doyan ni bila sampai musim durian jer nak tengok buah doyan tu pun tak nak tapi sekarang ni dah berkurangan la sedikit
sebabnya mama dah boleh makan doyan tu tapi dalam kuantiti yang sedikit jer...


kalau cite bab tempoyak pun dulu-dulu memang tak suka sebab baunya tapi dek kerana
hubby mama suka dia memaksa mama memcuba memakan tempoyak tu...
pada suatu hari hubby mama membuat sambal ikan bilis tu dan diletakkan bersebelahan dengan tempoyak tu...mama apa lagi mencuba la memakan nyer mula-mula macam tak lalu juga tapi lama kelamaan mulailah terasa sedapnya...bermula dari tu lah mama sudah pandai memakan tempoyak ni tapi jika dibuat gulai mama masih kurang sedikit sebab tak pernah mencubanya lagi tapi mungkin satu hari nanti teringin juga mama untuk mencuba gulai tempoyak ni...