SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Dalam mama BW tadi terbacalah satu n3 yang menarik tentang buah kurma ini sebenarnya buah kurma ini banyak khasiat yang terkandung di dalamnya...pada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang dalam pantang eloklah memakan buah kurma ini... 
buah kurma ini dapat mencegah pendarahan bagi perempuan yang melahirkan dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sediakala sebelum waktu hamil yang berikutnya kerana kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran.


Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Berilah makan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah
dan bertaqwa (bersih hatinya)"

Nabi Muhammad SAW bersabda:
Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil
kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma nescaya anak
yang akan dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta
cergas pemikirannya"