SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Hari ni mama nak tanya kekawan semua masih ingat lagi tak mainan atau permainan yang sering kita mainkan masa kecik-kecik dulu...bila fikir-fikir dan ingatkan balik masa kecik-kecik dulu memang kelakar jer...mama masa kecik-kecik dulu pun boleh tahan juga la lasaknya... 

1-Permainan Perang Senapang Kayu
Aktifnya mama masa tu macam budak lelaki suka main perang-perang pastu guna senapang kayu yang mama buat sendiri...jangan tak caya kekawan siap boleh lawan dengan budak lelaki kat kampung masa tu...bila ingat balik malu plak rasanya ada ke budak pompuan macam mama boleh main askar2 menembak gunakan senapang kayu siap dengan pelurunya guna buah terung pipit...

2-Permainan Gelang Getah Zero Point
Permainan ni dulunya memang permainan yang paling mama suka sekali main sebabnya setiap kali mama bermain dengan kekawan masa kecik dulu mesti mama je yang menang mama boleh lompat sehingga getah tu berada paling atas di bahagian kepala konon nyer paling tinggi la tu...

kekawan mama paling gerun bila mama join sekali dalam permainan ini,ada yang berebut nak join kumpulan mama kalau dibuatkan kumpulan...cewahhh macam la terer sangatkan ! perasan jer mama ni...sebenarnya mama ni memang aktif dalam sukan lompat tinggi semasa di sekolah dulu tu yang permainan ni jadi senang pada mama...ada skil melompat la gayanya hehehehe eksen la tu...

3-Permainan Batu Seramban
Permainan ni biasa nyer dimainkan oleh budak-budak pompuan dan biasanya mereka menggunakan batu atau kacang hijau yang dimasukkn ke dalam kain kecil dijahit seperti gambar di atas.

4-Cap Teh
Dulu masa mama kecik-kecik main permainan ini kami hanya menggunakan bunga kemboja je.. bila nak bermain permainan ini mula la mencari pokok bunga kemboja...habis setiap rumah di kampung kami perhatikan dan bila nampak je pokok kemboja kami akan sama-sama mengutip bunganya dan diikat dengan getah nasib baik la kami semua takut nak ke tanah perkuburan kalau tak mungkin juga ke tanah perkuburan pun kami redah jer sebab pokok kemboja ni memang banyak di sanakan..
memang seronok main permainan ni siapa yang lama dan banyak menimbang dikira sebagai pemenang...sekarang ini sudah ada perubahan pada bunga kemboja itu dan telah di tukar ke bulu ayam pula..

5-Galah Panjang
Permainan ini dikira memerlukan permain yang ramai dalam setiap kumpulan sebab lagi ramai lagi seronok jadinya permainan galah ini dan siapa yang berjaya melepasi halangan dikira terer bagi kami semua...bagi kumpulan yang dah tercuit sedikit pun sudah dikira kalah dalam permainan ini dan akan digantikan semula dengan kumpulan satu lagi...

6-Ceper
Ini pun dikira satu permainan yang menyeronokkan menggunakan penutup botol saja...masa dulu bila kami budak-budak bermain permainan ini mesti ditegur oleh mak kami semua sebab pada mereka orang dolu-dolu kalau bermain permainan ini harga beras akan naik...bila ingat balik masa dolu terasa kelakar je kan...

7-Teng-Teng
Permainan ini macam sama dengan galah panjang tapi tak sama sebenarnya permainan teng-teng ni pula mempunyai kotak-kotak panjang dan terpaksa menggunakan sebelah kaki dan sebiji batu yang dibaling ke dalam kotak-kotak tu dan untuk mengambil batu yang telah dibaling di dalam kotak tu perlu melompat hanya menggunakan sebelah kaki saja.. 

8-Congkak
Masa dulu congkak ini hanya dimainkan dihalaman rumah di mana tanah-tanah dikorek untuk dijadikan lubang dan hanya menggunakan biji buah getah sebagai buahnya...sekarang ini telah digantikan dan ada disediakan bekasnya yang diperbuat daripada kayu dan guli pula digunakan sebagai buahnya..


9-Baling Selipar/Baling Tin
Permainan ini memang biasa bagi kami budak-budak kat kampung dulo-dolu pantang je ada masa lapang terus jer mendirikan selipar atau menyusun tin-tin susu untuk kami baling dan bermain..permainan ini memerlukan mata dan penelitian yang tajam supaya dapat membaling kasut atau tin tu dengan tepat jikalau jatuh semuanya dikira pemenang...permainan ini seperti permainan bowling sekarang ini...