SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Di pagi sabtu ni mama dah mulakan entry dengan memberikan petua untuk kekawan semua pada yang ingin mengikut melakukan petua-petua itu mama doakan semoga berjaya yer....

Okay entry mama kali ni mama nak bertanya kekawan semua pernah tak mendengar perkataan "SELULIT"...sebenarnya jika dibayangkan pasti semua menyangka selulit ini berlaku pada orang yang gemuk atau berisi sahaja tetapi sebenarnya selulit ini boleh juga berlaku pada kita yang kurus dan juga dikalangan remaja.

Selulit atau 'strech mark' adalah pengumpulan lemak yang tersimpan di bahagian lapisan bawah kulit dan ia adalah terdiri dari kombinasi lemak,air dan lebihan toksin.Keadaan lemak yang terkumpul adalah dari kesan kurangnya aktiviti pembuangan,bertambahnya bahan buangan dalam tubuh dan perubahan pembentukan tisu lapisan kulit.

Kita akan mendapati kulit kita akan menggelebeh,kendur,berlekuk atau berketul-ketul apabila kita memicitnya.Selulit ini sering berlaku pada remaja dan wanita dan ianya berkaitan dengan lemak dan kita sebagai wanita sering menyimpan lemak yang banyak berbanding lelaki.
Biasanya lemak ini kerap ada di bahagian punggung dalam dan luar,paha,pinggang, punggung dan perut.

Kita boleh memeriksa sendiri anggota tubuh badan kita menggunakan kedua-dua tangan dengan memicit di bahagian anggota badan yang berkemungkinan mempunyai selulit.Jika keadaan kulit kita berbonggol kecil seperti kulit limau,berlekuk atau berketul-ketul itu tandanya kamu memang mempunyai selulit.Selulit ini bukan sahaja meyebabkan kulit kelihatan menggelebeh malah lebih teruk lagi kita akan kelihatan berisi,gemuk dan sering kali berlaku regangan kulit.




p/s Entry selepas ini tips-tips bagaimana untuk menghilangkan  selulit ini...