SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Tips-tips bagaimana nak menghilangkan selulit ini ...Ubat-ubatan yang di jual di pasaran boleh juga digunakan untuk mengawal supaya selulit itu berkurangan dan amalkan tips-tips di bawah ini...

1-Amalkan makan makanan seimbang dan kurangkan lemak serta kabohidrat dan minum air secukupnya.

2-Untuk mengurangkan takungan air dalam badan kita boleh mencuba sejenis teh duratik yang boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

3-Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak kurangkan pengambilan makanan seperti biskut,coklat dan ais krim.

4-Bersukan dan bersenam membantu merangsangkan peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan secara tak langsung membakar lemak.

5-Sauna dan mandi wap juga boleh merangsangkan peredaran darah dan memecahkan lemak lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.

6-Urutan dapat merangsang peredaran darah dan secara langsung membantu menghindari lemak yang terkumpul.

7-Hindari tekanan kerana ianya boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh.

8-Jika penggemar minuman berkafein elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi atau teh pada setiap hari kerana kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar.

9-Kurangkan pengambilan garam dan gantikan dengan buah dan sayur segar,kacang buncis,tempe,daging yang tidak berlemak.

10-Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagian tubuh dan pastikan mengamal cara pernafasan yang betul.

p/s nak temankan hubby berjogging untuk kesihatan tubuh badan juga...