SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....
Mama baru balik dari rumah kakak tadi sebab menziarahi menantu beliau yang baru saja bersalin....alhamdullilah selamat sudah Aishah melahirkan seorang baby boy yang beratnya 3.8kg pada 18 Mei yang lalu gembira rasanya memandangkan Aishah sudah selamat melahirkan ...Selamat datang baby ke dunia mu yang baru ini....!!!


Baby yang besar dan berat itu dikeluarkan menggunakan 'vakum'oleh doktor kerana ibunya telah lemah dan tidak berdaya untuk meneran memandangkan keupayaan ibunya itu doktor terpaksa mengambil jalan mudah untuk menyelamatkan baby dan ibunya... alhamdullilah akhirnya Aishah selamat melahirkan dan baby boy telah diberi nama"AIMAN FARISH"masih berbekas lagi tanda'vakum'tu di kepala Aiman kesian baby..


Kerana masalah itu baby terpaksa di tahan di wad untuk beberapa hari bagi memastikan keadaan baby stabil dan memberikan penjagaan rapi memandangkan keadaan bekas luka'vakum' di kepalanya itu...baru semalam baby dibenarkan pulang oleh doktor akhirnya baby selamat sampai ke rumahnya....Amin...