SALAM 1 MALAYSIA 


Assalamualaikum...

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari setelah tidur terlebih dahulu..Tahajjud bermaksud bangun di malam hari dan afdhalnya dilakukan dari jam 1.00 pagi ke ke subuh berdasarkan hadis Nabi:


"Perintah Allah turun ke lamgit sepertiga yang akhir dari waktu malam lalu berseru adakah orang-orang yang memohon (berdoa) pasti akan kukabulkan, adakah orang yang meminta pasti akan kuberikan dan adakah yang mengharap ampunan pasti akan kuampuni baginya sampai tiba waktu subuh .."(al Hadis)

Persediaan sebelum tidur :
1-Sebelum masuk tidur hendaklah menggosok gigi dan berwuduk.
2-Ambil masa untuk bermusahabah diri.
3-Baring menghadap ke arah kiblat atau mengiring ke kanan.
4-Membaca doa tidur
5-Berniat akan melakukan ibadat jika terjaga di malam hari.
6-Hendaklah memuji Allah apabila terjaga daripada tidur Rasulullah SAW apabila terjaga daripada tidur baginda akan membaca "Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami akan dikembalikan.."(H.R Muslim)

Adab bertahajjud :
1-Seseorang Muslim yang ingin menunaikan solat sunat Tahajjud hendaklah mengurangkan makan pada waktu malam supaya perut tidak terlalu kenyang dan sukar untuk bangun di waktu malam Rasulullah SAW bersabda :


 "Jauhilah kamu daripada kekenyangan ketika makan dan minum kerana sesungguhnya ia merosakkan tubuh badan mendatangkan penyakit dan mendatangkan sifat malas untuk mendirikan solat,bahkan hendaklah kamu sederhana dalam kedua-duanya kerana sesungguhnya ia lebih baik bagi tubuh dan amat jauh daripada sikap berlebih-lebihan.."(H.R Bukhari)

2-Waktu siang tidak melakukan maksiat seperti bertengkar,mengumpat,berbicara yang sia-sia,minum arak dan sebagainya.
3-Berusaha melawan nafsu atau keinginan untuk berseronok atau berehat.
4-Merasa khusyuk dalam solat sengan memikirkan kebesaran Allah SWT.
5-Memohon keampunan dan diberikan petunjuk dari Allah.