SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Pada pagi minggu ini marilah kita lihat di sini bagaimana ciri-ciri seorang sahabat sejati yang benar-benar sahabat...ingatlah sahabat sejati adalah sahabat yang tiada tukar gantinya dan persahabatan yang begitu erat mempunyai pengertian yang dalam bagi kita yang tahu menghargainya...hargailah sahabat sejati mu...



1-Sahabat Penolong
Dia menjaga dirimu dan milik mu dia juga akan menlindungi mu semasa kamu ketakutan dan dia juga akan membantu lebih daripada yang kamu perlukan.

2-Sahabat pada waktu senang dan susah
Dia menceritakan rahsianya kepada mu dan menjaga segala rahsia diri mu dan tidak akan meninggalkan mu di saat kamu mengalami kesulitan dan sebaliknya dia rela berkorban hidup bagi diri mu.

3-Sahabat yang memberikan nasihat baik
Dia mencegah kamu daripada berbuat jahat dia juga akan menganjurkan kamu berbuat baik dan dia memberitahu kebenaran yang belum pernah kamu dengar dan dialah yang menunjukkan kamu jalan yang benar.

4-Sahabat yang bersimpati
Dia tidak bergembira atas kesusahan kamu dan dia juga akan turut senang atas kegembiraan kamu dan dia juga akan mencegah orang lainn menjelek atau mengejek diri kamu.