SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua.. 

Tadi pagi mama dah bagi tahu 4 tips sahabat yang sejati dan kali ini mama nak tunjukkan pula 4 tips sahabat yang palsu pula...jom kita lihat sahabat yang palsu tu bagaimana orangnya...


1-Sahabat yang tamak
sahabat yang tamak hanya akan memberikan hanya sedikit bantuan dan meminta yang lebihnya pula.Dia melakukan sesuatu pekerjaan itu hanya kerana takut dan hanya ingat kepentingannya sendiri.


2-Sahabat yang besar mulut
Sahabat begini berkenaan dengan hal-hal yang melampau atau hal-hal mendatang dia akan berusaha untuk mendpatkan simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempataan membantu dia akan menyatakan tidak sanggup.


3-Sahabat penjilat
Sahabat yang begini akan sentiasa menyetujui segala hal-hal yang salah dan dia juga tidak akan menganjurkan hal-hal yang benar dihadapan kamu dia juga akan memuji diri mu dan dibelakang kamu dia akan merendah-rendahkan diri kamu.


4-Sahabat pemboros
Sahabat yang akan menjadi kawan kamu jika kamu gemar berpesta atau berkeliaran terutama di tempat-tempat hiburan dan pertunjukan selain suka berjudi.Jauhilah ciri-ciri sahabat yang begini sebab ianya akan memudaratkan diri kamu sendiri.