Assalamualaikum semua...
Hari ini mama nak berkongsi entri dengan kekawan semua mengenai betapa pentingnya wang atau duit dalam hidup seharian kita.Adakah wang boleh membeli segala-galanya atau
benarkah wang menjadi punca atas segala-galanya????!!!!!Jawapan dari mama entah lah tak tahu nak cakap bagaimana tapi"tepuk dada tanya selera"
Persoalan itu sering berlegar-legar di fikiran mama tapi bila kita fikirkan betul-betul semua masalah akan selesai juga bila adanya duit atau wang ditangan.... kenapa ek????
segala semua persoalan tu mama masih tak tahu jawapannya sama ada ya atau pun tak...
tapi melihatkan keadaan sekarang dan semasa mama rasa jawapannya pasti ramai yang akan menjawap "ya"...bukan apa kehidupan kita sekarang semuanya memerlukan wang atau duit....
tanpa wang segala-galanya menjadi amat tak sempurna sekali....
Besar sungguh kuasa wang sekarang ni ,bila tiada wang atau duit semua orang akan memandang kita seperti sampah je....semuanya akan mulai menjauhkan diri daripada kita,begitu lah besarnya kuasa wang atau duit ni...disebabkan wang juga ada yang bercerai-berai,rumahtangga runtuh,boleh putus saudara,boleh melupakan ibubapa itu semua adalah kuasa wang yang menguasai manusia demi kepentingan sendiri.....
Taraf kehidupan di bandar besar ini semuanya memang agak mencabar, semuanya memerlukan wang hinggakan nak ke tandas awam pun dikenakan cas 20 sen...dunia oh dunia apa-apa pun boleh jadi sekarang ini...
Duit juga boleh membuat seseorang lupa diri ada yang sanggup menyeleweng duit syarikat untuk kegunaan sendiri, menerima rasuah dan macam-macam lagilah pendek kata janganlah kita terlalu taksub dan ghairah bila wang yang banyak berada di hadapan mata....kuasa wang boleh membuat manusia lupa diri...
Kita haruslah sedar yang duit bukanlah segala-galanya di dalam hidup tapi hidup harus memerlukan wang jadi janganlah kita terlalu menjadi hamba dui....Semua negara di dunia ini masing-masing memerlukan wang, tanpa wang sesebuah negara akan mundur dan tidak maju dari segala aspek.....setiap negara diseluruh dunia ada mempunyai matawang mereka sendiri tanpa matawang sesebuah negara itu dan tanpa duit negara pasti akan menghadapi masalah dari semua segi pembangunan negara mereka....
Marilah kita sama-sama fikirkan apa punca yang sebenarnya, kenapalah manusia di dunia ini memerlukan wang untuk kehidupan seharian.Duit sememang adalah satu cara untuk kita
membina negara dan rumahtangga yang aman dan damai....
Untuk keamanan negara wang juga diperlukan misalnya untuk membeli semua peralatan kelengkapan untuk tentera,untuk pejabat-pejabat kerajaan, untuk kos baik pulih bangunan,untuk gaji kakitangan kerajaan itu semua perlu menggunakan dana atau wang yang banyak....
Dengan kata yang senang semua manusia di dunia ini memerlukan wang untuk kegunaan harian di dalam hidup ini,..oleh itu wang adalah amat perlu di dalam hidup ini tapi kenalah bersederhana dan berhati-hati didalam menggunakan wang....oleh itu dalam mencari wang kita kenalah beringat-ingat selalu bahawa harta didunia adalah sementara saja dan ia tidak akan dibawa ke akhirat oleh itu ingatlah...
"Wang bukanlah segala-galanya di dalam hidup ini tapi kita hidup memerlukan wang
dan hiduplah didalam kesederhanan di dunia ini dan ianya adalah lebih baik tanpa
menjadi hamba wang"
14 Comments
wang bukanlah segala-galanya..tapi segala-galanya perlukan wang
ReplyDeletea wise man kata "money has no value, but it helps you to archive your dream"... lebih kurang camtu la..
ReplyDeleteso value duit tu sebenarnya adalah apa yang kita dapat capai dengan duit yang kita ada..
Allah sendiri berfirman..anak dan harta adalah perhiasan dunia, melainkan sekiranya dibelanjakan ke jalan yang diredhainya.. so carilah duit utk capai keredhaanNYA..
betul tue mama,
ReplyDeletejgn jd hamba wang aka hamba duit..hubby baru je pesan 2 ari lepas huhuhuhu...
Wang bukan segalanya... tapi wang adalah punca penghidupan....jgn jadi hamba wang..tapi cari wang utk kehidupan....
ReplyDeletekesilapan manusia ni adalah dipergunakan oleh wang dalam kehidupan..patutnya menggunakan wang untuk kehidupan..
ReplyDeleteKerana Wang kita mampu hidup bahagia, kerana wang pun kita boleh jadi sengsara..
ReplyDeleteske perenggan yg mama kasi bold merah tu..mmg disokong sgt2..
ReplyDeleteduit itu penting! utk byr loan ptptn..haha
wang sangat penting untuk kita.. sekarang ni dunia wang..
ReplyDeleteduit ni makin dikejar makin tak cukup jadinya. ;)
ReplyDeleteassalamualaikum,, lame tak lawat sini,, ^^_
ReplyDeletemmg duit penting tapi dengar citer wang kertas care yahudi lalaikan islam,, wallahualam..
orang islam wajib kaya..sebab bila kita kaya..kita dapat menambahnilai hidup orang lain..
ReplyDeletebukan stakat kaya duit..kaya ilmu..kaya amal dunia akhirat ;)
betul tu mama, janganlah kita menjadi hamba wang...
ReplyDeleteTak wang susah gak kan....
ReplyDeleteTak wang susah gak kan....
ReplyDeletePost a Comment