Assalamualaikum semua...
Hari ini mama saja nak buat survey tentang persoalan yang mama ingin tahu akan jawapannya..
sama ada ianya penting ke atau tidak semuanya itu... bagi mama ada yang penting dan ada yang tidaknya sebab yang menentukan jodoh pertemuan seseorang ini adalah datangnya dari Allah jika jodoh itu sudah ditentukan kemana kita pergi pun akhirnya pasti akan tetap bertemu juga..
Dalam islam pun ada mengatakan kalau kita ingin mencari jodoh pilihlah dari keturunan yang baik,berakhlak baik dan yang beragama.Biasanya untuk mencari pasangan ini biarlah mempunyai semua ciri-ciri tersebut kerana kita akan bersama-sama dengan pasangan kita itu seumur hidup kita...
Yang membuat mama menulis entry ini adalah kerana ianya telah menjadi persoalan dalam sebuah keluarga ini...atas desakan maknya anak perempuan mereka masih lagi mencari pasangan yang berpangkat demi untuk memuaskan hati ibunya hinggakan anak perempuan mereka sudah mula berusia... jika masalah begini berterusan pasti anak perempuan mereka akan menjadi seorang andartu akhirnya...
Oleh itu kalau ingin memilih dari pasangan yang berketurunan yang baik memanglah sepatutnya tapi jikalau memilih dari penilaian pangkat dan harta tu agak melampau rasanya....dari itu kita dapat menilai bagaimana orang yang dipanggil mak yang berkelakuan sebegini...bagi mama asalkan jodoh anak mama dari keluarga yang baik, beragama, baik budi pekertinya ,pandai menghormati orang tua itu sudah mencukupi pada diri mama..
biarlah entry ini boleh memberikan satu jalan penyelesaian dan buat panduan pada yang ingin mencari pasangan dan jodoh yang baik..mama juga inginkan pandangan dari kekawan semua adakah penting sangat ke memilih jodoh atau pasangan seseorang itu dari orang-orang yang berpangkat dan berharta ini..

25 Comments
Assalamualaikum mama,
ReplyDeleteKalau jodoh mereka dipilih melalui harta dan pangkat maka ndak panjanglah jodoh mereka...sebab dua perkara nie sekejap je,...time diatas dorang mahu tapi bila rezeki diambil tuhan...macam mana plak...Kancil sudah menemui orang yang memilih jodoh macam nie...dia menyesal sekarang...sakit hatinya tiap - tiap hari...
salam mama,
ReplyDeleteSetuju dengan entri ni..bagi saya sendiri harta dan pangkat tu bukan la perkara penting dalam memilih jodoh. Asalkan pasangan hidup tu bertanggungjawab dan rajin,insyaAllah ada la rezeki untuk menyara hidup kan :)
harta boleh di cari tp hati yg ikhlas susah nk dapat...
ReplyDeleteAs salammualaikum mama, pepagi dah cerita psl jodoh ye. Kebanyakan keluarga dimana2 pun kononnya nakkan yg terbaik utk anaknya, berharta bagi mereka boleh menjamin kebahagiaan tapi mereka tidak sedar. Kemewahan tidak menjamin kebahagiaan, kalau tidak dilengkapi dgn ilmu agama yg cukup, jahil membuat penilaian akan mendatangkan masalah kemudian hari.
ReplyDeleteWah..dah mcm pakar motivasi la pulak akak ni, just pendapat.
Salam Akak,
ReplyDeleteTak dinafikan kadang2 situasi macam ni terjadi. Tak dari pihak keluarga, dari empunya diri sendiri. Diorang fikir dengan harta dan kekayaan dapat menjamin kehidupan selepas kahwin dan sekaligus dapat menjaga nama baik keluarga. Jadi kalau dibawa ke majlis pon takdelah malu, sebab suami orang berharta. Bolehla berbangga.
Bagi saya, sebaik2nya biarlah baik akhlaknya dan punya pendapatan tetap. Biarpun tidak kaya.
salam mama :)
ReplyDeleteyang penting rasa cinta tu ada tak pada kedua-dua pasangan tu. kalau takde agak susah nak hidup bersama kan..harta dan pangkat memang tak perlu diutamakan dulu. setuju :)
assalamualaikum ma..
ReplyDeleterupa paras juga bukan penentu kebahagiaan.. juga citra dah jumpa dapat pasangan yg kacak akhirnya mkn hati sebab tiada kerja tetap lagi asyik nak jaga pasangan kemana dengan siapa..
Syukur jodohku ini :)
Assalamualaikum mama...
ReplyDeleteHeee..lama tak drop komen dekat sini.. jenguk-jenguk macam tu je..=D
Pada pendapat saya, "pangkat" dan "harta" tu bukanlah jadi penilaian utama tapi perlu juga. Sebab sebolehnya mestilah nak mencari lelaki yang boleh menampung kehidupan selepas berkeluarga. Kalau dapat yang sangat tinggi pangkatnya dan hartanya disertakan pula dengan point-point yang mama dah tulis tu, memang satu pakej boganzalah..Heee...
Tapi, dalam soal memilih jodoh utamakan yang lebih utama. Tapi kalau tak ber"harta" susah jugalah mama.. Takkan perempuan yang nak tanggung lelaki pula kan? Heee... Just Personal POV
Cukup la die rajen dan ade usaha untuk kerja yang halal untuk tampumg keluarga. Ade je rezeki. Kite ade Allah. Die yg bg rezeki. Yakin. Kalau ka.u yakin ngan rezeki Allah. Xde masalah bab2 harta kekayaan sume ni bila nak mula dirikan rumah tangga.
Deletenasib baik mak ayah saya tak cerewet pilih calon menantu..asalkan lelaki tu baik, ada pendapatan, mereka terima..:)
ReplyDeletepenting bagi mereka yang nak bawak harta masuk kuboq....tak penting kepada mereka yang akur dengan ketentuan ilahi dan mencari keredhaan Allah,
ReplyDeletebetol 2...pangkat + harta x kn kekal lm sbb kta x kn tahu pe yg jd ms dpn tp lbh baek plh owg yg mmpu jg kita sbaeknya + btanggungjawab sbb suma 2 insyaAllah kn kekal...rezeki di tngan Allah dan kn da cr tok dptknnya ^_^
ReplyDeletememang dlm soal memilih jodoh ni kita mahukan yang berperibadi baik tp pada saya pula, zaman sekarang ni pangkat dan harta tu perkara penting..apa2 nak buat skrg ni semua guna duit..pada saya kita kena tengok pada keadaan semasa juga..xde duit memang kita zero xde apa2..xde sapa yang nak hidup ala kadar.semua orang mahukan hidup yang sempurna..jadi bila mahukan semua tu memang kena ada duit@harta ler..memang laa mula2 kata tak kisah kalau dapat pasangan yang tak berharta tp bila dah dah anak2 ermm kita boleh tengok kuasa harta tu macamana..kalau harta tu tak penting xde laa sampai orang bercerai semata2 kerana ekonomi keluarga tu tak kukuh..harta tu satu keperluan bukan kehendak..tp dalam memilih jodoh harta pun kita mahu peribadi yang baik pun kita mahu baru dapat pasangan hidup yang stabil ;-)
ReplyDeleteKalau suami.tu jenis rajin xkan jadi masalah. Banyak urus kes mcm ni. Kebanyakannya ade yg kawin pada mula kerana harta. Memang ada harta. Tapi sebelum kahwin. Si isteri tak tahu dari.mana asl harta tu. Tapi bila sudah berkahwin. Baru isteri tahu. Sume tu dari berhutang. Kereta. Rumah. Bila sudah berkahwin. Isteri mula berkongsi bayar hutang bersama sama. Dan mula jadi rumah tangga goyang. Dan mula la jadi maslah ekonomi.. Bila ditanya kepada saya. Saya senang saahaja menjawwab. ALLAH tu maha adil. Dan dia tahu niat kita. Pucuk pangkal kesimpulan. Biar laah kahwin ikhlas. Xperlu risau. Rezeki dari Allah. Niat yaang baik. Insha Allah. Natijahnya juga baik. cukup la sekadar si suami seorang yang rajin berusaha rajin bekerja. Kebanykan kes. Perkaahwinan akan bahgia bila percubaan kali kedua di mana isteri yang telah kecewa memilih suami bukan kerana harta. Tetapi lerana niat untuk berkahwin untuk ada teman hidup. Harap penulisan ini. Jadi panduan kepada semua. Betol kan niqt anda. Ingat. Kite ada Allah. Rezeki dari Allah. Allah maha adil dan die tahu apa dalam hati kita
Deletesoalan ni perempuan lagi molek menjawab..heheh ;-). just joke..bersyukur dengan apa yang ada..amin
ReplyDeletePerkara sebegini tepuk dada tanya selera masing2. kdg2 ada yg x sanggup hidup sush.. org zaman skrg ni kalau ditanya mmg nak yg ada pangkat dan harta supaya hidup mereka senang... tp mereka harus ingat mereka hanya akan senang di dunia sahaja kalau itu yg menjadi pilihan... maka pikir2kanlah... :)
ReplyDeletekalau tak pilih susah gak nt, maunya yg masuk meminang tu entah apa keja dibuatnya..tapi sebenarnya biarlah boleh menyara isteri dan bertanggungjawab...ape la sangat harta dan wang ringgit kalau selalu dihimpit belenggu keresahan...hati tak tenang walaupun nampak senang !!..kalau jodohnya melengkapi segalanya..Syukur Alhamdulillah.
ReplyDeletetakot nk berckp psl jodoh sbb sy belum bertemu jodoh lagi... hehe.. apa yg penting lelaki tu mestilah bertanggungjawap xkira samaada dia berharta atau tidak.. kan mama? ;)
ReplyDeletenice topic....
ReplyDeleterupa paras tak penting.kdg2 cinta tu dtg tetibe atas tingkah laku seseorg. tnpa disedari kite bercinta dgn org yg biasa. sederhana. sedap mata memandang. kite tak pasti apa pangkat dan keturunan dia.
maksud sy disini : attitude is the first
Salam.....sependapat dengan n3 ini....harta dan pangkat adalah sementara saja.....die boleh hilang dalam sekelip mata.....
ReplyDeleteSalam.....sependapat dengan n3 ini....harta dan pangkat adalah sementara saja.....die boleh hilang dalam sekelip mata.....
ReplyDeleteAs salam..
ReplyDeleteapa yang paling penting sekali bila memilih jodoh ni, agamanya..
insyaAllah kalau yang terpelihara agamanya maka terpeliharalah yang lain lain tu sama..
mama, saya bersyukur sgt sbb family saya tak kisah pasal pangkat dan harta dlm bab2 jodoh ni. Tapi ada kawan saya yang... mak dia nak tentukan semuanya termasuk corak gelang anak dia, hantaran kawen taknak kompromi kasi kurang dalam masa yang sama desak anak dia kawen cepat, pastu baju pengantin pun kalau tak kena dengan selera dia, dia suh beli baru. Saya kesian kat anak dia iaitu kawan saya tu. Dia jadi serba salah diantara nak ikut cakap mak dia atau nak desak tunang dia.
ReplyDeletepilihlah jodoh yg tak tinggal solat & yg tahu buat kita senyum. insha Allah segala harta bende akan dtg selepas itu dgn sdrinye. ;)
ReplyDeleteyang penting calon kita kena sedar apa itu tanggungjawab yang sebenar..dari segala aspek kena pandang..kahwin memang mudah tapi kehidupan selepas kahwin yang kita kena pandang lebih dalam supaya tak de hati yang terluka..ecehhh ;p
ReplyDeletePost a Comment