SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kekawan semua....
Pada pasangan pengantin pasti ada yang dah tahu mengenai kad nikah pintar ini dan sudah pasti ada yang sudah memilikinya...mama baru saja dapat tengok kad nikah pintar ini kerana kami pengantin lelama ini, dulu-dulu manalah ada kad kawin pintar macam sekarang ni setakat surat nikah je lah yang kami dapat untuk pengesahan....

tapi semasa hubby pergi ambilkan kad nikah pintar anak mama ini pegawai agama kat situ ada menyatakan bahawa pasangan yang dah lama berkahwin pun boleh membuat kad nikah pintar ni hanya bawa gambar terbaru,sijil kawin dan bayar Rm 50 untuk duit pemprosesannya selepas tu  tunggu je surat dari pejabat agama...

kad pintar ini sebenarnya adalah kepunyaan anak perempuan mama yang berkahwin pada tahun lepas dan baru sekarang boleh diambil di Pejabat Agama Johor...masa permohonan kad pintar ini dulu pasangan pengantin kena hadir sendiri untuk mengisi borang-borang yang perlu tapi bila dah siap wakil bagi pihak boleh terus mengambilnya tapi sudah semestinya disertakan dengan sijil nikah yang original,resit pembayaran dan surat pengesahannya sekali....

zaman sekarang ni memang sudah semakin canggih manggih, semuanya akan menggunakan banyak kemudahan yang menarik, senang dan mudah disediakan.... kalau berlaku perkara-perkara yang memerlukan surat nikah ni tak payah la susah-susah lagi membawa sijil nikah yang besar tu ke mana-mana hanya gunakan kad nikah pintar yang kecil macam IC ni je rasanya itu lebih menyenangkan semua pasangankan....