SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Rindu adalah satu perkataan yang amat sinonim pada kita semua pada yang mengalaminya pasti akan tahu bagaimana perasaan rindu itu hadir dalam diri kita...perasaan rindu ini datang dengan sendirinya secara tiba-tiba dan membuatkan kita teringat pada seseorang....

perasaan rindu yang teramat sangat pada mak hari ini,membuatkan hati ni terasa begitu sayu dan pilu...manusia yang bergelar 'MAK' yang telah membesarkan mama sehingga dewasa akan sentiasa dan tidak akan dapat mama lupakan sampai bila-bila...masih teringat akan belaian mesra mak,kasih sayang mak,bebelan mak yang sering dibiarkan sendiri namun semuanya jadi ingatan yang manis dan sentiasa bermain di ruangan mata ini...

Mengingati kembali kasih sayang yang dicurahkan pada mama tanpa berbelah bagi merasakan diri ini terasa amat merinduinya....segala keperluan yang mama ingini akan selalu dipenuhi walaupun sesusah mana sekali pun...kedegilan mama sering menjadi kemarahan mak walaupun seribu bebelan keluar dari mulutnya tapi hatinya sentiasa baik dan tetap sayang pada mama...

"Mak !! hanya doa dan surah al-fatihah ini yang dapat anak degil mu ini hulurkan buat mu,hanya doa yang mampu anakmu ini sedekahkan buat mu moga mak akan tenang di sana...doakan anak degil mu ini sentiasa bahagia selalu dan kita akan tetap bertemu nanti di alam sana yang kekal abadi..

Mak ! maafkan anak mu ini yang sering mendatangkan kesusahan pada mu semasa hayat mak dulu,terimakasih mak kerana telah menjaga anak angkat mu ini dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi tanpa mak mungkin anak mu ini tidak akan berada di sini... 

Mak ! dengan asuhan mak anak mu ini dapat membesar dengan lebih sempurna... hanya maklah yang sering menjadi pelindung anak degil mu ini dari semua masalah..bagi mak mas saja anak yang paling disayangi walaupun masih ada lagi anak angkat mak yang lain mas masih tetap jadi kesayangan mak...

Mak ! kenapalah cepat sangat Allah mengambil mak pergi meninggalkan anakmu yang degil ini, terasa masih belum puas lagi menikmati kasih sayang mak dan bersama-sama mak sewaktu hayat mak dulu...tapi sudah tertulis Allah lebih menyayangi mak lebih dari anakmu ini dan anakmu ini bersyukur hanya dapat bersamamu setakat itu saja...masih terasa pelukan mak yang membawa seribu makna...

Mak ! terimakasih kerana membenarkan anakmu ini menumpang kasih sayang mu selama ini, tak terbalas rasanya segala pengorbanan,kasih sayang dan penderitaan yang mak alami dulu untuk membesarkan anak degil mu ini....

Mak ! segala pesanan mak akan mas ingat walaupun kita berjauhan sekarang di dunia yang berlainan namun segalanya tentang mak akan tetap kekal di hati dan akan sentiasa mas ingati hingga ke akhir nyawa mas....

Makkk !! selamat tinggal mak, mas akan sentiasa mendoakan mak dari sini dan semoga roh mak akan bersemadi dengan aman dan akan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...Amin..

"SELAMAT TINGGAL MAK "