Thursday, March 29, 2012

Petua Lagi

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..
Hari ini marilah kita lihat petua apa yang boleh kita gunakan dalam masalah seharian kita di rumah...jika ada petua yang boleh digunakan marilah kita mencubanya bersama-sama....

Rawat Tumit Pecah
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning,potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya.Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit.Amalkanlah selalu untuk melihat
perubahannya InsyaAllah.

Lemah Badan
Ambilkan daun pegaga dan campurkan dengan air suam.Setelah direndan beberapa ketika perahkan daun pegaga ambil air perahan itu kemudian dicampurkan dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu kemudian diminum dan anda akan merasa kesegarannya semula.

Buang Air Besar Berdarah
Ambilsesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat kemudian campurkan denganair suam dan terus diminum.Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.

Demam Selsema
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa ramas-ramas di dalam semangkuk air sapukan air ramasan tadi ke dahi dan ubun-ubunnya.Sapukan hingga demam itu kebah dan anak menjadi selesa InsyaAllah kesannya kembali memuaskan.

6 comments:

  1. wahhh, petua alami, bagus nieh.tq.:-)

    ReplyDelete
  2. nak cari bunga raya putih tu yang masalah..hehehe..

    ReplyDelete
  3. sy sllu rasa lemah bdn..leh try...madu bw byk kebaikan dlm diri kita...thanks utk petua ni kak

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi kak! dah lama cari petua lain nak elokkan tumit pecah..

    ReplyDelete
  5. salam mama....
    thanks for the petua......

    ReplyDelete