SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Baru pagi tadi mama baru saja mendapat berita tentang kematian abang ipar mama yang berada di Perak dan beliau telah menghembuskan nafasnya pagi tadi di Hospital Ipoh kerana mengalami sesak nafas dan bengkak paru-paru...

Berkemungkinan besar mama tidak dapat menghadirkan diri ke rumah beliau di Perak kerana anak mama yang bongsu sedang menghadapi peperiksaannya.... hanya hubby mama dan abang-abangnya dari Singapura yang akan menziarahi arwah dan keluarga beliau...mereka semua adik-beradik akan berkumpul bersama-sama di rumah arwah nanti...

mama hanya dapat mendoakan dan berharap keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...Amin